Kabinet sekali lagi mengulangi keputusan bahawa Akta Hasutan akan dimansuhkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam seperti dilaporkan The Star online.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bilakan Akta berkenaan akan dimansuhkan.
Perkara itu berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun lepas bahawa Akta Hasutan 1948 itu akan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional yang baru.
“Kita perlu meletakkan Akta Keharmonian (Nasional) bagi memastikan kestabilan politik dan keharmonian kaum, dan isu-isu sensitif kepada pelbagai masyarakat di Malaysia dapat ditangani daripada ia dieksploitasi.
“Jadi, apabila adanya perlindungan, barulah kita akan memansuhkan Akta Hasutan suatu hari nanti,” kata Dr Subramaniam selepas menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet pada Jumaat.
Sebelum ini beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota kabinet mencetuskan kekeliruan mengenai pemansuhan undang-undang tersebut yang pertama kali diumumkan pemasuhannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai tahun lepas.
Subramaniam sebelum ini dilaporkan membuat kenyataan bahawa hasrat kerajaan memansuhkan Akta Hasutan merupakan "cadangan" oleh Perdana Menteri.
Subramaniam berkata, kabinet akan "mempertimbangkan" kenyataan perdana menteri itu dan membuat "keputusan yang baik".
"Perdana menteri ketua negara ini, beliau mempunyai hak untuk membuat cadangan," kata Subramaniam kepada pemberita di lobi Parlimen.
Beliau ditanya sama ada Perdanammenteri menyuarakan perkara itu kepada kabinet sebelum mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan.
Bagaimanapun, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz menyanggah kenyataan yang dibuat oleh Subramaniam.
Nazri menjelaskan kabinet telah bersetuju untuk memansuhkan Akta Hasutan dalam satu pertemuan yang diadakan tahun lalu.
Beliau yang memegang portfolio perundangan sebelum ini juga berkata, pengumuman tentang pemansuhan akta itu dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Kebangsaan juga telah dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu.
"Saya masih ingat lagi semasa saya menjadi menteri yang bertanggungjawab dalam hal undang-undang dalam Parlimen yang lepas, perdana menteri ada berucap dalam persidangan undang-undang di KLCC dan membuat pengumuman akan memansuhkan akta hasutan dan ganti dengan akta baru yang akan menjaga keharmonian negara.
"Kemudian perkara itu dibawa (ke kabinet) dan Jabatan Peguam telah diminta untuk mengkaji secara terperinci. Perdana menteri tidak pernah menarik balik kenyataannya," kata Nazri.
Selain itu, bercakap mengenai akta baru yang akan menggantikan Akta Hasutan, Nazri berkata, perkara itu masih lagi dalam perbincangan Jabatan Peguam.
"Tiada (mesyuarat lain). Perdana menteri ada memberitahu bahawa Jabatan Peguam akan mengkaji akta hasutan itu. Itulah komitmennya.
"Jabatan Peguam Negara sedang dalam proses untuk mengkaji dan berjumpa dengan pihak yang berkepentingan sebelum mewujudkan akta baru," katanya.
Tetapi keputusan pihak berkuasa untuk mengenakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bersama-sama dengan aktivis Haris Ibrahim, Adam Adli dan Safwan Anang bulan lepas dengan akta hasutan telah menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan kerajaan untuk menghapuskan undang-undang kontroversi.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan.
Beliau berkata jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.
Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada.
Irwan Muhammad Zain
Fri Jul 12 2013
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Pengampunan Najib: Tony Pua hairan disiasat di bawah Akta Hasutan
Tony Pua selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, di sini, kira-kira jam 2.30 petang Isnin.
Polis tahan pemilik akaun 'Indera Mulia' dipercayai hina Sultan Johor
Lelaki itu dipercayai mengeluarkan hantaran itu menerusi akaun Facebook dengan nama 'Indera Mulia' pada 20 April lepas.
Roslizal Razali telah ditahan - PDRM
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memuat naik ciapan di media sosial berunsur perkauman yang boleh menimbulkan isu ketenteraman awam.
Tiada keperluan gubal undang-undang, akta baharu kawal perpaduan - Aaron
Akta sedia ada telah mengambil kira pelbagai aspek kawalan bagi mengekang unsur-unsur yang boleh menjejaskan keharmonian.
Cukup-cukuplah Mahathir - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan, perkara itu pernah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjatuhkan Dr Mahathir pada 2020.
'Kenapa Mahathir cakap makin berbelit-belit?' - Nazri
Gesaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad supaya pemimpin kerajaan sepatutnya ditangkap kerana menghasut amat tidak masuk akal.
Polis nafi mangsa pukul meninggal dunia
Polis Hulu Selangor menegaskan bahawa segala kenyataan yang telah tular mendakwa mangsa terbabit meninggal dunia adalah tidak benar sama sekali.
Wajar ada kawalan ke atas media, kekal kesejahteraan rakyat berbilang kaum
Dalam konteks Malaysia, kawalan masih perlu ke atas kandungan yang dihasilkan tetapi dalam kategori minimum.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Dasar Perpaduan Keluarga Malaysia akan dilancar hujung bulan ini - Wan Ahmad Fayhsal
Dasar tersebut merupakan perkara baharu diperkenalkan selepas Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara.