RANAU: Seorang lelaki maut selepas ditimpa runtuhan batu yang berlaku di bahagian dapur rumahnya dalam kejadian di Kampung Pinousuk, Kundasang di sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa, Junaidi Gangka, 55, dikatakan sedang berehat bersama isterinya di dapur rumah berkenaan.
Isteri mangsa sempat melarikan diri bersama anak-anak mereka, manakala mangsa pula terperangkap dalam rumah terbabit.
Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan beberapa pekebun berhampiran lokasi kejadian.
"Mangsa terus dibawa ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di hospital.
"Dalam kejadian itu, isteri mangsa dan dua anak mereka berusia enam tahun dan 18 tahun yang turut berada di dalam rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Katanya lagi, siasatan lanjut masih diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
"Polis sudah melawat lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan memberi amaran kemungkinan kejadian runtuhan mungkin berulang.
"Penduduk dinasihatkan supaya berwaspada disebabkan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Suami maut, rumah ditimpa runtuhan batu
Sinar Harian
Mon Jun 21 2021

Penduduk kampung menunjukkan lokasi kejadian mangsa terperangkap dalam runtuhan batu di Kampung Pinousuk, Kundasang, Ranau. - Foto Sinar Harian

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Pekerja asing maut runtuhan batu: JKKP Perak arah henti operasi kuari, siasat kes
Sepasukan pegawai penyiasatnya diarahkan ke lokasi kejadian pada Selasa bagi menjalankan siasatan.

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'
Permukaan Everest kering mungkin berpunca daripada kurangnya taburan hujan atau salji.

Suami maut, rumah ditimpa runtuhan batu
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa dikatakan sedang berehat bersama isterinya di dapur rumah berkenaan.