KUALA NERUS: Kemeriahan Majlis Konvokesyen Ke-18 (Siri Dua) Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini bertukar pilu seketika apabila sepasang suami isteri mewakili anak lelaki yang meninggal dunia akibat kemalangan pada September 2020, untuk menerima skrol ijazah, hari ini.
Suasana sedih menyelubungi dewan apabila hadiri sama-sama berdiri bagi menyedekahkan bacaan surah al-Fatihah ketika Adnan Endut, 57 dan isterinya Roziana Wahab, 48, naik ke pentas untuk menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Agro Teknologi (Akuakultur) Allahyarham Muhammad Amirul Bakhtiar.
Adnan ketika ditemui pemberita berkata beliau sangat berterima kasih dengan penghargaan luar biasa diberi UMT kepada Allahyarham anak sulungnya itu.
"Hampir setahun saya tidak lagi mengalirkan air mata setelah dia pergi, namun hari ini air mata gugur juga....perasaan itu sukar digambarkan tatkala berada di pentas, teringat kenangan manis bersamanya dahulu.
"Allahyarham sangat sayangkan UMT dan sering berkongsi keterujaannya kerana memiliki rakan dan pensyarah yang sangat baik," katanya yang bekerja di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Menurut Adnan, Allahyarham pernah menyatakan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di UMT selepas tamat Ijazah Sarjana Muda.
Allahyarham Muhammad Amirul Bakhtiar meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 29 Sept tahun lepas setelah koma selama lima hari akibat kemalangan jalan raya.
Sementara itu, Roziana berkata dia berbangga dengan sumbangan dan pencapaian anaknya sepanjang berada di UMT termasuk dipilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar dan lantang bersuara membantah cadangan penggabungan UMT dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
"Semoga kecemerlangan, adabnya yang baik dan kenangan di UMT hari ini akan menjadi pembakar semangat untuk adik kesayangan Allahyarham Muhammad Azfan Zariff, 11, untuk mengikut jejak langkah abangnya," katanya.
Majlis konvokesyen yang berlangsung selama tujuh hari bermula Isnin lepas (6 Dis) meraikan seramai 2,878 graduan iaitu 52 graduan Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana (152), Ijazah Sarjana Muda (2,559) dan Diploma (115).
Sementara itu, atlet kuda lasak negara Azizatul Asma Abdullah, 25, yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan hari ini menzahirkan penghargaan kepada keluarga dan pensyarah yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.
"Dalam kesibukan dengan jadual latihan, saya cuba membahagikan masa sebaiknya untuk pelajaran. Alhamdulillah berjaya hari ini untuk mendapatkan segulung ijazah," katanya yang akan mula menyertai kejohanan kuda lasak tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021

Adnan Endut dan isteri bersama skrol Ijazah Sarjana Muda Sains Agro Teknologi (Akuakultur) dan gambar anak mereka pada Majlis Konvokesyen UMT ke-18 (Siri Kedua) di UMT hari ini. - Foto BERNAMA
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Daging penyu boleh menjadi punca penyakit kronik - Pensyarah
Penyu mempunyai kandungan logam berat tinggi yang melebihi standard keselamatan makanan antarabangsa.