Daging penyu boleh menjadi punca terjadinya penyakit kronik yang menyebabkan kematian, kata Pensyarah Biologi Marin Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Muhammad Hafiz Borkhanuddin.
Beliau berkata ini kerana penyu mempunyai kandungan logam berat tinggi yang melebihi standard keselamatan makanan antarabangsa.
"Ini boleh mengakibatkan kesan toksik termasuk penyakit ginjal, barah hati dan kesan perkembangan pada janin dan kanak-kanak.
"Selain itu, daging penyu juga mempunyai bakteria, parasit, biotoksin dan tempat pengumpulan bakteria yang terhasil daripada pencemaran alam sekitar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amalan memakan daging penyu oleh penggemar makanan eksotik. Ketika ini, daging penyu dijual melalui pasaran gelap bagi memenuhi permintaan peminat makanan eksotik di dalam dan luar negara yang turut menjadikan Malaysia sebagai lokasi mendapatkan haiwan terancam itu.
Muhammad Hafiz berkata daripada perspektif parasitologi, terdapat banyak laporan yang merekodkan kehadiran telur dan cacing parasit pada penyu seperti cacing 'trematoda'.
"Parasit-trematoda dewasa dijumpai terutamanya di jantung, manakala telur 'trematoda' boleh dijumpai di pelbagai organ termasuk otak, jantung, hati, paru-paru, limpa, ginjal, kulit, perut dan usus.
"Sebagai contoh, kajian yang dijalankan ke atas penduduk Orang Asli di Australia telah menjumpai telur cacing ini di dalam najis kanak-kanak masyarakat tersebut. Ini sekali gus menunjukkan risiko jangkitan akibat memakan daging penyu memang berlaku, seterusnya memberi indikasi bahawa cacing dewasa mampu membiak di dalam badan kanak-kanak terbabit," katanya.
Katanya secara am kesan kesihatan yang dilaporkan akibat memakan daging penyu atau telurnya yang dijangkiti patogen zoonotik termasuklah cirit-birit, muntah dan dehidrasi melampau yang boleh menyebabkan kematian.
"Oleh yang demikian, aktiviti pengambilan daging dan telur penyu hendaklah dihentikan bagi mengurangkan kesan kesihatan kepada manusia, di samping keperluan untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat umum mengenai perkara ini.
"Bagi mereka yang beragama Islam, larangan memakan daging penyu telah dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kerana haiwan itu adalah kumpulan haiwan dua alam seperti katak, buaya dan lain-lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 06 2020

Kesan kesihatan yang dilaporkan akibat memakan daging penyu atau telurnya yang dijangkiti patogen zoonotik termasuklah cirit-birit, muntah dan dehidrasi melampau yang boleh menyebabkan kematian. - Gambar hiasan
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Daging penyu boleh menjadi punca penyakit kronik - Pensyarah
Penyu mempunyai kandungan logam berat tinggi yang melebihi standard keselamatan makanan antarabangsa.