Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman yang difailkan sepasang suami isteri terhadap penganjur sukan permotoran, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian anak mereka Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, pelumba pada Kejuaraan Motosikal Super Siri Malaysia (MSS), lima tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Tun Abd Majid Tun Hamzah menolak saman yang difailkan Mohd Abdul Hakim Embong dan Norhaidah Mohd Noor dan memerintahkan mereka membayar kos berjumlah RM14,000 kepada SIC serta defendan kedua, syarikat permotoran, AAM Motorsports Sdn Bhd.
Dalam penghakiman ringkasnya, Tun Abd Majid berkata kemalangan yang mengorbankan nyawa Muhammad Izzat bukan disebabkan kecuaian mana-mana pihak tetapi disebabkan 'error of judgment' (kesilapan perkiraan).
"Tidak dinafikan sukan permotoran terdedah kepada kemalangan dan risiko, maka semua pihak yang terlibat dalam perlumbaan ini sedar akan perkara ini dan bersedia menanggung segala kemungkinan.
"Sungguhpun mahkamah bersimpati atas kematian anak plaintif, namun berdasarkan keterangan (saksi), mahkamah mendapati kemalangan bukanlah berpunca daripada kecuaian pihak defendan," katanya.
Pasangan suami isteri itu yang hadir di mahkamah, diwakili peguam Jefri Jaafar sementara SIC diwakili peguam Muhammad Syafiq Salleh dan AAM Motorsports diwakili peguam Mallika Lee.
Jefri ketika ditemui pemberita selepas prosiding berakhir berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam tempoh sebulan selepas meneliti penghakiman lengkap kes itu.
Muhammad Syafiq pula ketika diminta menjelaskan "kesilapan perkiraaan" itu berkata keadaan itu berlaku ketika motosikal yang dipandu Muhammad Izzat berlanggar dengan seorang marsyal bendera, S. Satish, 44, yang turut maut dalam kemalangan itu.
"Ketika motosikalnya terbabas, Muhammad Izzat cuba mengelak Satish dan pada masa sama Satish pun cuba mengelak tetapi mereka berdua mengelak dengan bergerak ke arah yang sama sehingga berlaku kemalangan," katanya yang turut menzahirkan rasa simpati terhadap pihak plaintif atas kematian anak mereka.
Dalam pernyataan tuntutan saman yang difailkan pada 2016, pasangan suami isteri itu mendakwa Muhammad Izzat, 17, yang merupakan pelumba motosikal di bawah Projek SIC Ninja Junior, telah menyertai perlumbaan di bawah kategori Kawasaki Ninja 250R Cup di Litar Antarabangsa Sepang pada 21 Sept 2013.
Mereka berkata semasa perlumbaan itu, Muhammad Izzat terlibat dengan kemalangan apabila motosikalnya terbabas dan melanggar Satish, yang berada di kawasan litar itu di garisan penamat.
Akibat pelanggaran itu, Satish meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Izzat berada dalam keadaan koma dan meninggal dunia lima hari kemudian.
Pasangan itu mendakwa defendan pertama telah gagal atau cuai menyediakan pegawai perubatan yang cekap dan berpengalaman di litar perlumbaan untuk memberikan rawatan dan bantuan perubatan semasa berlaku kecemasan.
Mereka juga mendakwa defendan pertama dan kedua telah gagal atau cuai dalam memastikan tiada halangan atau individu berada di kawasan garisan penamat pada masa litar tersebut digunakan sepenuhnya oleh pelumba.
Selain itu, defendan juga didakwa gagal mematuhi peraturan dalam sukan permotoran terutamanya membabitkan kedudukan marsyal bendera ketika perlumbaan.
Plaintif menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta kos guaman dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 12 2018
Dalam penghakiman ringkasnya, Tun Abd Majid berkata kemalangan yang mengorbankan nyawa Muhammad Izzat bukan disebabkan kecuaian mana-mana pihak.- Gambar hiasan
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.