KUALA LUMPUR : Suami kepada wartawan hiburan yang meninggal dunia di London, Siti Nurhafiza Kamaruddin, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan menziarahi mereka.
Mohd Roshdi Ramli menerusi satu hantaran di media sosialnya merakamkan penghargaan itu buat komuniti Islam yang berada di ibu negara Britain berkenaan, selain orang perseorangan yang memudahkan urusan mereka sekeluarga hingga selamat kembali ke tanah air.
"Dengan rasa rendah diri saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, YB Syed Ahmad Syed Abdul Rahman (Altimet), Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin yang banyak membantu dan menziarahi kami," ujarnya.
Penghargaan itu antara lain turut disampaikannya buat Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, Datuk Zakri Jaafar dan seluruh kakitangan Pesuruhjaya Tinggi London, Prof. Madya Dr. Mohd Hanafi, seluruh kakitangan Education Malaysia London dan MAS Airlines.
Mohd Roshdi turut menyatakan rasa kerinduannya buat seluruh komuniti Malaysia dan Indonesia di London, selain menyampaikan rasa terima kasihnya kepada seluruh rakyat di Malaysia, terutamanya rakan-rakan terdekat yang membantu, menyumbang dan mendoakan kesejahteraan isterinya.
Industri kewartawanan tanah air berduka selepas dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham yang meninggal dunia di London ketika bercuti di sana akibat pendarahan otak.
Siti Nor Hafiza dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti ke negara tersebut sejak pertengahan Disember lalu.
Allahyarham merupakan bekas pesakit kanser payudara namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.
Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.
Astro Awani
Sun Jan 07 2024

Mohd Roshdi menerusi satu hantaran di media sosialnya antara lain turut merakamkan penghargaan itu buat komuniti Islam yang berada di London. - Facebook Mohd Roshdi Ramli

Usaha hapus kanser serviks diperkukuh melalaui MoU KKM-Yayasan ROSE
Statistik menunjukkan kadar insiden kanser serviks di Malaysia turun kepada 6.0 kes bagi setiap 100,000 wanita bagi tempoh 2017-2021.

KPN sasar 100 KRT baharu tahun ini - Aaron
Buat masa ini terdapat 8,529 KRT di seluruh negara, di mana 91 daripadanya ditubuhkan pada tahun lepas.
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.

Suami arwah Fiza Kamaruddin rakam penghargaan kepada pihak hulur bantuan
Mohd Roshdi menerusi satu hantaran di media sosialnya antara lain turut merakamkan penghargaan itu buat komuniti Islam yang berada di London.