IPOH: Struktur bangunan pasar raya Mydin Manjoi di sini yang terbakar lewat petang semalam tidak lagi stabil dan berisiko untuk runtuh.
Runtuhan pertama berlaku kira-kira jam 10.35 malam yang melibatkan sebahagian dinding atas sebelah kanan pasar raya berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, dinding sebelah kiri bangunan berkeluasan kira-kira 64,000 kaki persegi itu juga kelihatan telah retak dan berisiko untuk runtuh.
“(Struktur bangunan) sudah retak, kalau tengok dari depan tak nampak. Saya nasihatkan tuan-tuan jangan pergi dekat. Memang kita tak benarkan. Sebab strukturnya tak teguh,” katanya kepada pemberita.
Sehingga jam 12.30 tengah malam tadi, pihak bomba masih melakukan kerja-kerja pemadaman.
Pada masa sama, penduduk berhampiran dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah-langkah keselamatan.
“Saya juga mengingatkan penduduk setempat agar berjaga-jagalah. Saya jangkakan operasi ini akan ambil masa lama sedikit sebab fire load di dalam itu agak tinggi.
“Pengurus Mydin juga ada maklum, di aras atas memang ada kain baju, perkakasan-perkakasan elektrik dan stor. Jadi fire load-nya tinggi, memang akan ambil masa sedikit untuk kita buat pemadaman secara total,” jelas beliau lagi.
Mengenai kemungkinan kebakaran berpunca daripada solar panel yang terdapat di atas bumbung bangunan pasar raya itu, Sayani berkata, Unit Forensik JBPM akan membuat siasatan terlebih dahulu.
Terdahulu, pasar raya itu terbakar pada jam 7.09 petang semalam. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Sementara itu, Bernama memetik Sayani berkata, pasukan bomba yang tiba pada 7.25 malam telah membuat pemeriksaan, namun tiada kebakaran yang berlaku melainkan terdapat asap pada bahagian papan suis utama Mydin.
Bagaimanapun, 20 minit kemudian, pihaknya dimaklumkan pengawal pasar raya bahawa berlaku kebakaran di bahagian bumbung bangunan.
“Pasukan (bomba) gerakkan jentera di bahagian hadapan bangunan Mydin dan benar berlaku kebakaran di bahagian bumbung dan telah memulakan operasi pemadaman serta didapati bahawa kebakaran marak dengan cepat.
“Dimaklumkan juga bahawa di bahagian atas bumbung terdapatnya panel solar dan mereka (bomba) cuba untuk mengawal kebakaran dan guna pili bomba Mydin dan Lembaga Air Perak (LAP),” katanya.
Sayani berkata, kebakaran bermula dari bumbung sebelum merebak ke dalam bangunan berkenaan dan setakat ini, tiada rumah penduduk yang berdekatan terjejas dengan kejadian itu.
Tambahnya, operasi memadamkan kebakaran itu melibatkan 123 anggota dan pegawai daripada pihak bomba, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Pada masa sama, mereka juga mendapat bantuan daripada Tenaga Nasional Berhad, LAP, kakitangan Mydin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Manjoi Hafez Sabri serta Pusat Khidmat Parlimen Tambun.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Mar 10 2024
Sayani (tengah) menjawab pertanyaan media ekoran kejadian kebakaran pasaraya besar Mydin di Manjoi, Ipoh, malam tadi. --fotoBERNAMA
Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.
Hubungan Malaysia-Argentina dijangka terus mekar - Duta Nur Azman
Nur Azman menekankan kemajuan besar dalam kerjasama politik, ekonomi, dan sosiobudaya antara kedua-dua negara.
Rusia perkenal cukai pelancong baharu
Bermula 1 Januari 2025, pelancong yang menginap di hotel dan penginapan lain akan dikenakan tambahan satu peratus daripada kos penginapan mereka.
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Kebakaran: Mydin Manjoi ditutup sementara bermula hari ini
Sebagai alternatif, pelanggan boleh berkunjung ke cawangan Mydin Meru Raya atau Mydin Gopeng.
Struktur pasar raya Mydin Manjoi tidak stabil
Runtuhan pertama pada 10.35 malam melibatkan dinding atas sebelah kanan pasar raya berkenaan.