LABUAN: Labuan yang juga dikenali Mutiara Borneo merancang untuk menambat pelancong menerusi strategi '5S' yang bertujuan mengetengahkan budaya serta khazanah alam semula jadi yang terdapat di pulau itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (LC) Rithuan Ismail berkata pendekatan 5S menumpukan kepada lima elemen utama iaitu Matahari, Pasir, Makanan Laut, Pelancongan Sukan, Membeli-belah dan Perkhidmatan yang setiap satu menawarkan pelbagai pengalaman unik kepada pengunjung.
"Labuan menawarkan suasana matahari terbit dan terbenam yang memukau sekali gus mencipta detik indah serta menarik buat jurugambar amatur dan profesional. Lokasi yang strategik dengan pemandangan horizon amat sesuai untuk mereka yang gemarkan ketenangan dan keindahan suasana senja," katanya dalam temu bual dengan Bernama pada Jumaat.
Beliau berkata destinasi popular seperti Pantai Sungai Miri, Peace Park dan Surrender Point di Pantai Layang-Layangan memberi peluang pengunjung menikmati sudut pandang berbeza dan menakjubkan, manakala pantai yang bersih serta indah sesuai untuk rekreasi dan bersantai.
Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti menyelam dan snorkel di perairan jernih di Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Papan.
"Perjalanan ke Labuan tidak lengkap tanpa menikmati keenakan makanan laut dengan harga berpatutan memandangkan pulau ini terkenal dengan pelbagai jenis hidangan laut yang enak," kata Rithuan.
Beliau berkata Labuan sedang mencipta gelombang dalam arena pelancongan sukan dengan acara sukan laut antarabangsa tahunan dan kejohanan golf.
"Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) yang menampilkan acara seperti memancing, berkayak dan renang menarik penyertaan dari seluruh dunia," katanya sambil menambah Labuan turut menawarkan pengalaman membeli-belah di pulau bebas cukai ini yang menawarkan pelbagai jenis coklat dan tekstil keluaran tempatan mahupun yang diimport," katanya.
Pelaksanaan strategi 5S menjadi bukti komitmen Labuan untuk meningkatkan sektor pelancongan.
Dengan memanfaatkan keindahan alam semula jadi, penganjuran acara sukan, pengalaman membeli-belah dan pelbagai jenis juadah makanan, pulau ini mahu menarik lebih ramai pelancong sekali gus menjadikan Labuan sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Rithuan berkata destinasi popular seperti Peace Park dan Surrender Point di Pantai Layang-Layangan memberi peluang pengunjung menikmati sudut pandang menakjubkan, manakala pantai yang bersih serta indah sesuai untuk rekreasi. --fotoBERNAMA
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.