Stor sebuah kilang yang dipercayai menyimpan mercun terbakar sehingga percikan bunga api dan bunyi letupan dapat dilihat dan kedengaran di kawasan Perindustrian Saleng, Senai, dekat sini, sejak petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai Penolong Ketua Bomba Solleh Nasir berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.19 petang tadi dan usaha memadam api masih lagi berjalan.
"Setibanya di lokasi kejadian, benar telah berlaku satu kebakaran di bahagian penyimpanan barang lusuh kilang berkenaan.
"Kawasan yang terbakar berukuran 100x40 kaki persegi (371.6 meter persegi) dipercayai digunakan sebagai stor menyimpan mercun dan kita sedang berusaha mengawal kebakaran agar ia tidak merebak ke kawasan kilang lain," katanya di sini hari ini.
Tiga buah jentera pemadam api beserta 17 orang anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.
Sementara itu, pihak polis akan membuka dua kertas siasatan berhubung kebakaran berkenaan mengikut Seksyen 10 Akta Bahan Letupan 1957 kerana menyimpan dan menguruskan bahan-bahan letupan tanpa izin, di sini.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Razak Md Said berkata pihaknya juga akan membuka kertas siasatan mengikut laporan kebakaran.
"Melihat kepada keadaan kebakaran itu, kita percaya bahan yang meletup adalah mercun.
"Bagaimanapun kita akan menunggu siasatan dari pihak Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat yang akan diadakan esok selari dengan siasatan polis bagi mengetahui punca sebenar kebakaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Menurut Razak lagi, pihak polis juga akan menunggu maklumat lanjut daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk mengetahui status tanah lokasi kilang itu sama ada berstatus pertanian atau perindustrian dan menunggu maklumat lanjut daripada Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) bagi mengenal pasti status bangunan kilang terbabit.
Katanya, kawasan sekitar lokasi kejadian itu juga telah ditutup bagi memudahkan kerja-kerja siasatan lanjut dijalankan.
Tinjauan Bernama sejak pukul 8 malam tadi mendapati bomba masih giat mengawal kebakaran dengan kepulan asap masih dapat dilihat disusuli dengan bunyi letupan mercun.
- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2017

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan api yang memusnahkan sebuah kilang barangan lusuh yang juga dipercayai menyimpan mercun di Kawasan Perindustrian Saleng dekat Senai, Johor sejak jam 5 petang tadi. --fotoBERNAMA

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pemandu forklift maut terjatuh ke dalam longkang
Lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian dan bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam parit menggunakan pengusung.

Litar pintas dipercayai punca lima beranak rentung
Anggaran awal jumlah kerugian akibat kebakaran ini melebihi RM100,000.

Bomba ambil masa dua hari selamatkan wanita Orang Asli dipatuk ular di Gerik
Seorang wanita Orang Asli mengalami gejala muntah dan tidak dapat berjalan selepas dipercayai dipatuk ular di Kampung Lenweng dekat Pos Kemar, Gerik pada Selasa lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Bomba selamatkan wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita dan tiga ekor kucing dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai dua tingkat di Tingkat Mahsuri, Bayan Lepas di sini hari ini.

Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.

Bomba keluar 26 notis hapus bahaya kebakaran terhadap premis di Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengeluarkan 26 notis penghapusan bahaya kebakaran sempena kempen keselamatan kebakaran Tahun Baharu Cina sejak 13 Jan lepas.

Dua beranak terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Kuala Krai-Gua Musang
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai ke lokasi kejadian, sejauh 40 kilometer dari balai.

Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.

Bomba perkenal sistem syif baharu dengan 26 hari rehat setahun bermula Februari
Penambahbaikan itu bertujuan menjaga kebajikan anggota bomba serta memastikan mereka mempunyai tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial yang baik.