Stor barangan cenderamata di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) didapati dipecah masuk awal hari ini selepas kakitangannya menyedari ada kesan kerosakan pada stor itu pada kira-kira 1.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada kakitangan SIC berhubung kejadian itu, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Katanya, antara barangan yang dilaporkan hilang ialah sebuah peti besi yang menyimpan hasil jualan cenderamata semasa perlumbaan Grand Prix Malaysia semalam dan sebuah laptop.
"Buat masa ini tiada tangkapan dibuat dan kerugian dianggarkan sekitar RM300,000," katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, beliau dimaklumkan kakitangannya mengenai kejadian itu awal pagi tadi, dan polis sedang menyiasat.
Bernama
Mon Oct 14 2013

10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.

Tepung suji kuih tradisional yang semakin dilupakan
Dua anak jati Pekan mengambil inisiatif mengetengahkan kuih tradisional itu kepada masyarakat antaranya dengan menyertai pertandingan.

Piala Dunia 2022: Jualan barangan cenderamata meningkat 20 peratus
Kira-kira 70 peratus perkakasan Piala Dunia FIFA di pasaran antarabangsa dihasilkan di bandar Yiwu.

PKPB: PAFA Online Store dekatkan peminat, pasukan bola sepak Perak
Pengenalan stor dalam talian itu membolehkan peminat The Bos Gaurus di seluruh negara untuk mendapatkan barangan rasmi pasukan.

Kraftangan Malaysia tawar pelbagai produk untuk cenderamata TMM2020
Produk kraf Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020) menawarkan pelbagai pilihan kepada agensi kerajaan, swasta, perhotelan dan pemain industri pelancongan untuk dijadikan cenderamata.

Lebih 100 kedai di Pasar Chatuchak, Bangkok musnah dalam kebakaran
Percikan api dipercayai bermula berdekatan pintu nombor satu akibat masalah elektrikal, sebelum menyambar bahan mudah terbakar lain.

Cenderamata cawan sokong Oprah Winfrey tanding presiden habis dijual
Selepas ucapan Oprah sempena acara anugerah Golden Globe semalam, rekod jualannya melonjak hingga kehabisan bekalan.

Stor cenderamata litar Sepang dipecah masuk
Stor barangan cenderamata di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dipecah masuk awal hari ini.