Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan kerajaan akibat penularan wabak COVID-19 ketika ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan (PAFA).
Baru-baru ini, PAFA melancarkan stor dalam talian, PAFA Online Store, bagi membolehkan peminat The Bos Gaurus di seluruh negara mendapatkan barangan rasmi pasukan itu.
Menurut Setiausaha Kehormat PAFA, Mohamad Azlin Mohd Nadzri antara barangan rasmi pasukan yang boleh didapati secara dalam talian itu termasuk pakaian dan cenderamata.
Jualan dibuat menerusi laman sesawang khas yang disediakan di store.peraktbg.my
"Peminat tidak lagi perlu berasa runsing untuk mendapatkan barangan rasmi dan asli secara terus daripada pihak PAFA.
"Ini juga merupakan satu langkah yang diambil PAFA untuk memperkukuh kedudukan Perak sebagai salah satu pasukan utama di negara ini,” kata Mohamad Azlin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Beliau tidak menafikan bahawa PAFA sedikit terkesan dengan penularan COVID-19 yang membelenggu negara.
"Wabak ini telah mengakibatkan Liga Malaysia ditangguhkan dan sudah tentu semua pasukan terlibat turut merasai kesan, terutamanya dari sudut kewangan.
"Oleh itu, PAFA harus mengambil langkah proaktif dalam memastikan kelestarian dan kesinambungan pasukan terjaga selain terus mendekatkan pasukan dengan peminat," ujarnya.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum ini mengumumkan kesemua aksi Liga Malaysia (Liga-M) 2020 akan ditunda sehingga tarikh yang akan diumumkan, susulan penularan COVID-19.
Abd Razak Mohd Ali
Sat May 16 2020

Mohamad Azlin tidak menafikan PAFA sedikit terkesan dengan penularan COVID-19 yang membelenggu negara. - Foto PAFA
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

PKPB: PAFA Online Store dekatkan peminat, pasukan bola sepak Perak
Pengenalan stor dalam talian itu membolehkan peminat The Bos Gaurus di seluruh negara untuk mendapatkan barangan rasmi pasukan.