PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Steven Sim mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Buruh Antarabangsa Sesi (ILC) ke-112 berlangsung pada 10 hingga 14 Jun di Geneva, Switzerland.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Sim akan menyampaikan ucapan negara dalam sidang plenari yang menyentuh mengenai pembaharuan kontrak sosial bagi menyokong tema persidangan ILC tahun ini.
"Penyertaan Sim ke persidangan ini amat penting dan signifikan kerana Malaysia akan mendepositkan dokumen ratifikasi Occupational Safety and Health Convention, 1981 (No. 155) Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) kepada Ketua Pengarah ILO.
"Beliau juga akan menyertai beberapa acara penting seperti mesyuarat dua hala dengan rakan sekerja dari Filipina dan Nepal bagi membincangkan ruang kerjasama dalam bidang perburuhan dan pembangunan sumber manusia antara kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Sim juga dijadual menghadiri mesyuarat bersama Sekretariat Forum Ekonomi Dunia, perwakilan tertinggi tripartite antarabangsa iaitu International Trade Union Confederation (ITUC) dan International Organisation of Employers (IOE) serta perjumpaan dengan pakar ILO dalam bidang platform ekonomi dan standard perburuhan.
Menurut KESUMA, penyertaan Sim dan delegasi membuktikan komitmen tinggi kerajaan memastikan standard perburuhan negara dapat ditingkatkan selari dengan standard perburuhan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Sim (gambar) juga akan menyertai beberapa acara penting seperti mesyuarat dua hala dengan rakan sekerja dari Filipina dan Nepal bagi membincangkan ruang kerjasama dalam bidang perburuhan dan pembangunan sumber manusia. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.

DAP lantik audit bebas antarabangsa pastikan pemilihan CEC bersih, telus
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Steven Sim berkata badan audit bebas itu akan bertindak sebagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pemilihan tersebut.

RUU Pekerja Gig 2025 bakal dibentang Mac ini
Malaysia bakal menjadi antara negara terawal di dunia yang memperkenalkan undang-undang khusus bagi melindungi pekerja gig sekiranya Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja GIG 2025 diluluskan.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

PTPK sasar RM450 juta kutipan pinjaman balik untuk tahun 2025 - Steven Sim
Kementerian Sumber Manusia memperuntukkan dana pinjaman sebanyak RM500 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) yang dijangka memanfaatkan seramai 20,000 orang peminjam.

HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.

Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.

Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.

KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.

Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah, mendapat perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim.