KOTA KINABALU: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi melaksanakan rancangan promosi pelancongan untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai berkata, kerjasama itu adalah bertujuan menghidupkan semula industri pelancongan di negeri itu.
Beliau berkata, kedua-dua agensi terbabit mempunyai rancangan untuk membawa pemain industri Sabah ke Pulau Pinang dan Lembah Klang untuk sesi perniagaan-ke-perniagaan.
"Ia akan dilaksanakan apabila sekatan rentas negeri ditarik. Mengenai pasaran antarabangsa, STB mengekalkan hubungan baik dengan pejabat-pejabat Tourism Malaysia dengan beberapa inisiatif yang akan di laksanakan walaupun sempadan antarabangsa yang masih ditutup," katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara program 'Kami Bah Ini' kelolaan RTM, di Kota Kinabalu, hari ini.
Terdahulu, inisiatif terbabit bakal menyaksikan STB dan Tourism Malaysia bekerjasama untuk menganjurkan sesi Sabah ASEAN Webinar dengan melibatkan ejen-ejen pelancongan dari negara jiran seperti Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Myanmar dan Kemboja.
"Selain inisiatif ini, STB dan Tourism Malaysia dari semasa ke semasa sentiasa berbincang bagi meneruskan usaha promosi secara berkesan terutamanya ketika sempadan antarabangsa masih ditutup.
"Walaupun promosi pelancongan di Sabah pada ketika ini menyasarkan kepada orang tempatan kita, promosi luar negara tetap dijalankan bagi tujuan kesedaran destinasi0," katanya.
Jelas Joniston yang juga Pengerusi STB, pihaknya kekal optimis industri pelancongan akan pulih semula dengan adanya program pemberian vaksin yang dilakukan di seluruh dunia.
Ruzaini Zulkepli
Mon Apr 05 2021

Kedua-dua agensi terbabit mempunyai rancangan untuk membawa pemain industri Sabah ke Pulau Pinang dan Lembah Klang untuk sesi perniagaan-ke-perniagaan.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Subsidi elektrik diberikan untuk penggiat pelancongan di Sabah
Sabah bersetuju untuk memberikan subsidi atau rebat bagi bil elektrik kepada penyedia penginapan yang terkesan susulan pandemik COVID-19.

STB, Tourism Malaysia bekerjasama dalam promosi pelancongan domestik, antarabangsa
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi melaksanakan rancangan promosi pelancongan untuk pasaran domestik dan antarabangsa

Sabah sasar buka semula pelancongan antarabangsa 1 Sept
Pembukaan semula itu akan dilakukan dengan melihat kepada keadaan semasa pandemik COVID-19 dan juga nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

Cabaran pengembaraan Kiulu jadi potensi model pelancongan luar bandar
Cabaran Pengembaraan Kiulu 2015 pada 13 Disember ini boleh menjadi model pembangunan pelancongan luar bandar kepada kawasan-kawasan lain di Sabah, kata Datuk Joniston Bangkuai.