PUTRAJAYA: Berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan tidak menghalang seorang guru Iran Shah Ramatullah, mencipta inovasi dinamakan 'Braille Magic Cell' yang mampu melancarkan proses mempelajari tulisan Braille.
Inovasi menggunakan bekas telur dan bola ping pong ciptaan Iran Shah, 39, dinobatkan sebagai juara kategori individu pendidikan khas pada pertandingan akhir 3-Minute PdP Pitching anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini.
Ditemui pemberita selepas pertandingan itu, Iran Shah berkata Braille Magic Cell dapat membantu pelajar keperluan khas mempelajari tulisan Braille dengan cepat dan mudah.
"Idea untuk cipta inovasi ini tercetus apabila seorang murid saya yang buta sukar untuk belajar tulisan Braille...jadi saya guna bekas telur dan bola ping pong untuk memudahkan dia kenal tulisan Braille tidak kira Rumi atau Jawi.
"Pelajar boleh pegang bola ping pong dan tahu huruf apa yang sedang dipelajari...ia memang memudahkan pelajar secara tidak langsung melatih jari untuk bergerak dan kenal objek," kata guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur itu.
Sementara itu, Noorhasliza Mohamad yang dinobatkan juara bagi kategori berkumpulan menerusi inovasi 'Kit Abang Sado' berkata pertandingan 3-Minute PdP Pitching memberikan ruang untuk guru-guru lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
"Ini secara tidak langsung membuat proses PdP lebih menarik. Inovasi Kit Abang Sado yang diperbuat daripada bahan kitar semula seperti batang aiskrim sebagai contoh memudahkan pelajar memahami struktur lengan manusia.
"Inovasi saya bersama rakan Sharifah Hidayah Syed Taufik akan saya perkenalkan untuk guru-guru lain gunakan," kata guru SMK Sultan Sulaiman, Terengganu itu.
Iran Shah menerima hadiah wang tunai RM800, Ipad, plak penghargaan dan sijil pencapaian manakala Noorhasliza memperoleh hadiah wang tunai RM1,500, plak dan sijil pencapaian bagi kategori berkumpulan. Hadiah kemenangan disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
Terdahulu, Radzi dalam ucapannya berkata beliau menggalakkan guru-guru untuk mencipta inovasi yang mampu meningkatkan proses PdP selaras anjakan teknologi pendidikan masa kini.
"Kita perlu ramai guru cipta inovasi seterusnya menjadikan suasana pembelajaran di sekolah lebih baik dan seronok," katanya.
Pertandingan 3-Minute PdP Pitching ialah inisiatif KPM untuk menggalakkan guru-guru mencipta inovasi dalam proses PdP bagi meningkatkan kepelbagaian pedagogi bilik darjah.
Empat kategori dipertandingkan dalam pertandingan 3-Minute PdP Pitching iaitu prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah pendidikan khas dengan setiap kategori boleh disertai secara individu atau berkumpulan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Iran Shah menunjukkan kit Braille Magic Cell ciptaanya yang memberinya kemenangan tempat pertama kategori individu Pendidikan Khas pada Pertandingan Akhir 3-Minute PdP Pitching (bersemuka) Peringkat Kebangsaan. - Bernama
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.
Belanjawan 2025: Tiga inisiatif kepada Perkeso tekad kerajaan wujud ekonomi inklusif mampan
Tiga inisiatif utama Belanjawan 2025 yang dikhususkan untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mencerminkan tekad kerajaan mewujudkan ekonomi MADANI yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
Pengawal keselamatan didakwa rogol, amang seksual anak kandung
Seorang pengawal keselamatan didakwa merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya berumur 15 tahun.
Kanak-kanak OKU 11 tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 11 tahun ditemukan lemas di sebatang sungai di Kampung Lokub, Sepanggar.
Program sehari dekatkan aksesibiliti maklumat, perkhidmatan PNM kepada komuniti OKU
Program itu antara usaha PNM sebagai entiti yang diberi kuasa untuk memperkasa dan mempromosikan aktiviti bagi golongan OKU penglihatan.
Lelaki OKU sesat di hutan sejak semalam, ditemukan selamat
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaporkan sesat di hutan di Rancangan Pemulihan Tanah Sungai Pas, Kuala Krai semalam, ditemukan selamat malam ini.