KUALA LUMPUR: Statistik penjawat awam yang enggan divaksin atau belum bersedia menerima vaksinasi COVID-19 tanpa alasan kukuh adalah antara soalan yang akan dikemukakan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman web rasmi Parlimen, persoalan itu akan diajukan oleh Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab.
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan mengenai jurang pendapatan golongan bandar dan luar bandar dan sejauh mana pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap perkara berkenaan.
Selain itu, Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-Sik) akan mengajukan soalan kepada Menteri Kanan Pertahanan mengenai keberkesanan pertahanan negara bagi operasi National Task Force (NTF) melalui Op Benteng di kawasan sempadan negara Laut China Selatan.
Selesai sesi itu, Persidangan Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 29 Okt lepas.
Setakat semalam, seramai 85 Ahli Parlimen daripada blok pembangkang dan kerajaan serta bebas mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar Bajet 2022 yang bermula 1 Nov lepas.
Penggulungan Bajet 2022 oleh kementerian-kementerian berkaitan dijadual berlangsung selama empat hari bermula 15 Nov.
Dewan Rakyat akan bersidang hingga 16 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Dewan Rakyat yang bersidang ketika ini akan berlangsung sehingga 16 Dis.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Statistik penjawat awam enggan terima vaksin tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan itu akan diajukan oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab.