PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah gagal dalam rayuan mereka untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada menjadi timbalan pendakwa raya (TPR) kanan dalam kes mereka.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan yang dikemukakan Najib dan Muhammad Shafee.
"Kami memutuskan bahawa tidak diragukan Sri Ram adalah lebih daripada layak sebagai individu yang sesuai dan wajar untuk dilantik sebagai TPR kanan," kata Hakim Yaacob yang menyampaikan keputusan mahkamah.
Beliau berkata Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas berpuas hati bahawa Sri Ram adalah individu yang layak dan sesuai mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk dilantik sebagai TPR kanan.
Hakim itu berkata mahkamah bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa tiada apa-apa pun dalam Seksyen 376 (3) KPJ yang memperuntukkan bahawa orang yang layak dan sesuai untuk menjadi TPR mesti daripada perkhidmatan kehakiman dan undang-undang atau penjawat awam, sambil menambah bahawa tidak ada keperluan sedemikian dalam undang-undang.
Hakim Mahkamah Rayuan itu berkata adalah jelas dalam meminda Seksyen 376 (3) KPJ, Parlimen berhasrat untuk memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk melantik dan melantik sesiapa yang layak dan sesuai sebagai TPR kanan.
Beliau berkata mahkamah berpendapat Seksyen 376 (3) itu adalah peruntukan tersendiri berhubung pelantikan sesiapa sahaja yang dianggap layak dan sesuai untuk dilantik sebagai TPR atau TPR kanan.
Seksyen itu katanya dipinda bagi membolehkan Peguam Negara merangkap pendakwa raya melantik TPR supaya pendakwaan dikendalikan oleh TPR yang berpengalaman selaras dengan kerumitan kes.
Najib dan Muhammad Shafee juga katanya, gagal membuktikan Peguam Negara telah bertindak melanggar undang-undang atau bertindak secara mala fide dalam melantik Sri Ram sebagai TPR kanan, katanya.
"Mahkamah Tinggi tidak tersilap semasa menolak semakan kehakiman (yang dikemukakan Najib dan Muhammad Shafee) yang memerlukan campur tangan rayuan," katanya dalam prosiding secara maya hari ini.
Mahkamah membenarkan kos RM10,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi diketepikan.
Pada 28 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan semakan kehakiman Najib dan Muhammad Shafee untuk menggugurkan Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan sebagai TPR kanan dalam perbicaraan kes mereka.
Najib memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menggugurkan Sri Ram dalam kesnya berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Disember 2018 manakala Muhammad Shafee mencabar pelantikan Sri Ram dalam perbicaraan kesnya sendiri membabitkan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta.
Mereka memohon perintah mahkamah untuk membatalkan atau menggugurkan pelantikan Sri Ram dengan menyatakan bahawa surat pelantikan bekas hakim itu sebagai TPR tidak sah.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa terdapat percanggahan kepentingan dalam pelantikan itu dan memohon perintah untuk melarang Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes yang dihadapi mereka, termasuk dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.
Pasukan peguam yang diketuai Muhammad Shafee mewakili Najib manakala Harvinderjit Singh dan Harvinder Singh Sidhu mewakili Muhammad Shafee.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan bertindak bagi pihak kerajaan, Peguam Negara dan Sri Ram.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021

Najib dan Muhammad Shafee gagal membuktikan Peguam Negara telah bertindak melanggar undang-undang atau bertindak secara mala fide dalam melantik Sri Ram sebagai TPR kanan. - Gambar fail/BERNAMA
Majikan adalah arkitek tenaga kerja masa depan negara
Golongan majikan perlu melihat peranan mereka bukan sekadar pencipta pekerjaan, tetapi juga sebagai arkitek tenaga kerja masa depan negara.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi tidak wajar dipertimbangkan sebagai sebagai kos perniagaan semata-mata, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang memacu inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi tidak wajar dipertimbangkan sebagai sebagai kos perniagaan semata-mata, sebaliknya ia perlu dilihat sebagai satu pelaburan yang memacu inovasi, produktiviti dan pertumbuhan ekonomi.
Tribunal hak cipta bakal terima kes pertama
Malaysia akan mencatat kes pertama di Tribunal Hak Cipta pada 19 Mac, sebagai satu langkah penting dalam perlindungan hak cipta negara.
Sapura Energy belum dihubungi SPRM
Sapura Energy Bhd (SEB) berkata ia belum dihubungi oleh Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatannya terhadap penyalahgunaan dana yang melibatkan syarikat itu.
Bentang cadangan penambahbaikan, tingkat bayaran balik
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini.
SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilion
Jumlah pemulihan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) keseluruhan yang direkodkan setakat ini ialah RM29,752,034,475.13, iaitu 70 peratus daripada kira-kira RM42 bilion yang dipercayai diselewengkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan salam Nuzul Quran
Sultan Pahang dan Tengku Ampuan menzahirkan ucapan selamat menyambut hari Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada rakyat negeri ini.

Malaysia terima dua set tren ETS daripada pembekal China bulan depan - Loke
Malaysia akan menerima dua set tren perkhidmatan tren elektrik (ETS) daripada pembekal China bulan depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Tiga ditahan terbabit sindiket percepat permohonan warganegara
Dua pemilik syarikat dan seorang kerani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket yang merasuah pegawai jabatan kerajaan.

Tiada arahan untuk dakwa pegawai kanan 1MDB - Rajagopal
Bekas Pegawai Penyiasat kes 1MDB R Rajagopal memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mendakwa beberapa pegawai kanan syarikat itu.

Kes 1MDB: Pihak berkuasa masih tidak tahu keberadaan Casey Tang - Saksi
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Dr Dzulkefly, Najib masih bincang untuk selesaikan kes saman
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan Menteri Kesihatan itu.

Bukan kroni atau proksi, saya di sini untuk bercakap benar - Bekas Pengerusi 1MDB
Saksi turut disoal mengenai dakwaan pendekatan top-down Najib dalam mengarahkan lembaga pengarah untuk mengikut arahannya.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.