PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima 17 kenderaan khas atau Special Purpose Vehicle (SPV) dilengkapi sistem teknologi tinggi bagi memantapkan beberapa operasi penugasan termasuk membawa orang kena tahan (OKT).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam kenyataan hari ini berkata SPV jenama Weststar Maxus V80 yang diterima agensi itu merupakan kenderaan pertama diguna pakai oleh agensi penguatkuasaan di negara ini.
"SPV ini dihasilkan dalam tempoh tiga bulan bertujuan membawa OKT. SPV ini telah difabrikasi dengan ciri-ciri keselamatan dari segi pengiringan OKT ke mahkamah selain dilengkapi dengan sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV) yang canggih dengan sistem kamera 360 darjah," katanya.
Beliau berkata sistem CCTV terbabit boleh dipantau secara terus dari ibu pejabat walaupun kenderaan itu berada di negeri dan turut dilengkapi dengan alat sistem pengesan global (GPS) sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini terhadap kenderaan itu.
Teknologi lain yang terdapat pada SPV itu, katanya ialah sistem komunikasi berpusat, walkie-talkie dan tayar gerak kempis.
Azam berkata sebanyak 14 SPV yang diterima akan diserahkan kepada setiap negeri dan dua lagi akan ditempatkan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini.
"Sebuah lagi akan diserahkan kepada kepada Bahagian Keselamatan bagi kegunaan Cawangan Persenjataan bertujuan pengangkutan senjata dan peralatan berkaitan.
"Dengan pengagihan SPV ini, ia akan membantu menyelesaikan masalah kekurangan kenderaan yang sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan membawa OKT ke mahkamah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memeriksa kenderaan khas atau Special Purpose Vehicle (SPV) dilengkapi sistem teknologi tinggi yang diserahkan hari ini. - Foto SPRM
Israel terus mengganas, 37 maut di Lubnan dalam tempoh 24 jam lalu
Letupan besar kedengaran di Beirut dengan imej dari ibu negara Lubnan itu menunjukkan langit malam menyala di kawasan selatan bandar itu.
Pangkalan tentera utama Israel binasa, lebih 20 jet pejuang musnah
Imej satelit menunjukkan kesan kemusnahan hangar pesawat di pangkalan utama tentera udara Israel selepas ia dibedil Iran di bawah Operasi Janji Benar 2.0.
Israel tekad terus serang Hezbollah di Beirut - Ketua tentera
Tentera Israel "tekad untuk memusnahkan" infrastruktur Hezbollah berhampiran sempadan Lubnan dan akan terus melakukan kerosakan terhadap kumpulan itu.
Deklarasi Doha seru gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Deklarasi Doha dengan tumpuan pada "Diplomasi Sukan," menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
Israel tidak mahu perdamaian, hanya tambah musuh
Alternatif seperti menjadikan mana-mana negara lain di Asia Barat sebagai sekutu kuat AS tidak berkesan kerana ia membawa kepada pengabaian terhadap Palestin.
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
Pakistan punyai potensi besar untuk perdagangan Malaysia - PM
Potensi hubungan perdagangan besar yang ada pada Pakistan belum diteroka sepenuhnya oleh Malaysia.
Sultan Selangor perkenan fatwa berkaitan fahaman, ajaran, pegangan dan amalan GISB
Ini kerana, pemimpin, pengikut atau ahli GISB diyakini masih mengamalkan Aurad Muhammadiah, atau Zikir Agung, dibawa Kumpulan Darul Arqam.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI menarik pelaburan besar, mencipta 25,498 pekerjaan pada separuh pertama 2024.
Draf Rancangan Tempatan di Pulau Pinang dijangka diwartakan tahun depan
Draf Rancangan Tempatan Seberang Perai oleh MBPP telah siap manakala untuk bahagian pulau oleh MBPP dijangka siap hujung tahun ini.
Perunding kecantikan rugi lebih RM480,000 terperdaya 'job scam' dalam talian
Seorang perunding kecantikan mengalami kerugian RM485,100 selepas mendakwa terperdaya dengan penipuan pekerjaan atau 'job scam' dalam talian, pada Julai lepas.
PM Anwar ucap selamat ulang tahun ke-57 SPRM
Anwar berharap suruhanjaya itu meneruskan usaha dan komitmen untuk membersihkan negara daripada rasuah.
Agong zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-57 SPRM
Ucapan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai.
SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik melibatkan isu 1BestariNet.
SPRM bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih
SPRM dalam kenyataan memaklumkan setiap tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Syarikat pembinaan perlu ada sijil ISO antirasuah dalam tempoh dua tahun - SPRM
Syarikat sektor pembinaan di negara ini diingatkan untuk memiliki pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001 (ABMS) dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
SPRM siasat syarikat warga Bangladesh terlibat sindiket 'counter setting'
Azam berkata syarikat ini dikesan membawa masuk pekerja dari Bangladesh secara tidak sah, dengan menyamar sebagai pelancong.
[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa 20 peratus aduan yang diterima antara 2022 sehingga Julai 2024 adalah berkaitan dengan urusan perolehan awam dan swasta.
Salah guna visa pelancong punca utama kes 'counter setting' - SPRM
SPRM mengenal pasti penggunaan visa pelancong dalam kalangan warga asing merupakan antara punca utama berlakunya kegiatan 'counter setting' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).