Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pengarah sebuah yayasan milik Kerajaan Negeri Perlis bergelar Datuk bagi membantu siasatan berkaitan kes menerima suapan dan salah guna kuasa berhubung pembelian dua lot tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta pada tahun 2014 dan 2015.
Menurut sumber, lelaki yang berusia 61 tahun itu ditahan pada pukul 3.13 petang di Pejabat SPRM Negeri Perlis selepas hadir memberi keterangan.
Jelas sumber, siasatan awal mendapati bekas pengarah tersebut telah menggunakan jawatan dan kedudukannya pada ketika itu bagi pembelian dua lot tanah di Mukim Kurong Anai, Perlis yang dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah yayasan milik Kerajaan Negeri Perlis.
Tambah sumber, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kangar pada Sabtu.
Kata sumber lagi, SPRM sedang mengesan beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes yang sama. Suspek disiasat mengikut Seksyen 17 dan Sekyen 23 Akta SPRM 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Perlis, Mohd. Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan.
Astro Awani
Fri Jan 11 2019

SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kangar pada Sabtu - Gambar fail
KPWKM belum ada keperluan mohon peruntukan tambahan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana tersebut ketika ini.

10 beradik Orang Asli sepakat jaga dua anak saudara beragama Islam
Berlainan agama bukan penghalang 10 adik-beradik Orang Asli di sini membesarkan dua anak saudara beragama Islam yang menjadi yatim piatu sejak 2018.
Penduduk bimbang jambatan laluan utama terputus
Susulan sebuah jambatan runtuh di Kota Tinggi, Ketua Kampung Felda Air Tawar Satu, Abdul Rashid A.Samad melahirkan kebimbangan nasib penduduk menjelang Aidilfitri minggu depan.
Malah, dia juga bimbang dengan situasi laluan utama 90 peratus penduduk yang terputus ekoran kepulangan warga kota.
Malah, dia juga bimbang dengan situasi laluan utama 90 peratus penduduk yang terputus ekoran kepulangan warga kota.
Lebih 100 rumah terjejas di Kota Tinggi
Kejadian jam 3.30 pagi itu memerangkap segelintir penduduk dan memusnahkan harta benda, dengan kebanyakan daripada mereka hanya sempat menyelamatkan kenderaan masing-masing.

Naib Presiden Kesatuan Karate Palestin terbunuh dalam serangan di Gaza
Naib Presiden Kesatuan Karate Palestin Behjat Rizq Tantish terbunuh dalam serangan Israel pada petang Sabtu (22 Mac) berhampiran kediamannya di kejiranan Al-Shaymaa, Beit Lahiya di Gaza.

Hari Nyepi: Pengangkutan dan telekomunikasi ditutup 24 jam di Bali
Penutupan pada 29 Mac itu bagi menghormati Hari Nyepi yang merupakan perayaan agama Hindu mengikut kalendar Bali.

Bazar Ramadan Sabindo Plaza perkenal makanan etnik di Tawau
Bazar Ramadan Sabindo Plaza di Tawau yang menempatkan lebih 100 gerai makanan dan minuman menjadi simbol keharmonian kerana dikunjungi masyarakat berbilang kaum.

Iran berbincang dengan Arab Saudi, Mesir mengenai Gaza
Arab Saudi terus mengutuk pencerobohan Israel dan menekankan keperluan untuk penyelarasan serantau bagi mengelakkan ketegangan.

Isu 'pengemis jadian' perlu ditangani dengan berhemah
Dalam menangani isu itu, pihak berkuasa turut memerlukan kerjasama daripada masyarakat setempat, bagi memastikan ia dapat diselesaikan dengan baik.

Rakyat Malaysia pemurah, prihatin hulur sumbangan - Nancy
Semakin ramai mendapatkan panduan daripada kementerian serta agensi berkaitan mengenai platform yang sesuai untuk menyalurkan sumbangan.

Op Lintas: COO syarikat konsesi lebuh raya, pengurus syarikat bakal dihadap ke mahkamah - Azam Baki
SPRM telah mendapat keizinan daripada pihak Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dua individu berkaitan dua projek lebuh raya di Lembah Klang.

Dua warga asing ditahan, cuba sogok polis
Polis menahan dua lelaki warga asing selepas cuba menyogok anggota itu sebanyak RM170 bagi mengelak disaman kerana memandu kenderaan tanpa lesen sah di sini Isnin lepas.

Penolong pegawai penerangan mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan rasuah
Seorang penolong pegawai penerangan didakwa atas 10 pertuduhan menggunakan kedudukan bagi mendapatkan tender menyedia perkhidmatan bekalan makanan kepada syarikat milik ahli keluarganya.

PRN Melaka: SPRM lancar bilik gerakan
SPRM hari ini melancarkan bilik gerakan PRN Melaka bagi membolehkan orang ramai menyalur maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa berkaitan pilihan raya itu.

Tiga pengarah syarikat buat tuntutan palsu direman SPRM
Ketiga-tiga lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung tohmahan mengemukakan tuntutan palsu pembekalan implan ortopedik.

SPRM Perak akan panggil beberapa individu isu tanah di Bagan Tiang
Ia susulan dakwaan pemberian tanah seluas kira-kira 19 hektar kepada sebuah syarikat untuk pelaksanaan projek ternakan udang.

Sindiket penipuan SMS: Bekas ketua perkhidmatan pelanggan syarikat telekomunikasi pula direman
Mereka yang terlibat dipercayai memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan prabayar.

Terima rasuah: Pegawai syarikat telco direman lima hari
Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira 9 malam semalam, selepas hadir memberikan keterangan.

Bekas pegawai kesihatan daerah, penolong akauntan bakal didakwa esok
Kedua-dua individu tersebut masing-masing bakal menghadapi 49 pertuduhan mengikut Akta SPRM 2009.
![[EKSKLUSIF] Ramai pegawai kerajaan kini terima pakej rasuah - SPRM [EKSKLUSIF] Ramai pegawai kerajaan kini terima pakej rasuah - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575878103_DatukAzam.jpg)
[EKSKLUSIF] Ramai pegawai kerajaan kini terima pakej rasuah - SPRM
Kebanyakan pakej rasuah yang ditawarkan pihak tertentu berbentuk perkhidmatan hiburan dan seks.