Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat serbuan ke atas pejabat anak syarikat kerajaan Selangor, universiti seliaan kerajaan Selangor dan sebuah syarikat swasta berhubung siasatan pembayaran kontrak yang dipercayai merugikan kerajaan negeri itu.
Dalam serbuan itu, 11 pegawai penyiasat SPRM memasuki kampus Universiti Selangor (Unisel) dan pejabat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).
Tindakan itu dipercayai membabitkan siasatan terhadap isu pertikaian kontrak antara Unisel dengan syarikat konsesi, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
Dua pegawai SPRM tiba di Bangunan Darul Ehsan di Seksyen 14 di sini yang menempatkan pejabat MBI di tingkat 14 pada 10.43 pagi.
Tiga lagi pegawai dilihat tiba kira-kira 10 minit kemudian.
Manakala enam pegawai lain tiba di kampus Unisel kira-kira jam 10 pagi dan memasuki bahagian pentadbiran Unisel di Seksyen 7 dengan diiringi pegawai universiti itu.
Difahamkan, SPRM turut membuat serbuan di pejabat JNSB di Desa Pandan dan kampus induk Unisel di Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Isu membabitkan penyelesaian antara Unisel dan syarikat konsesi itu diketahui umum selepas Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 8 Julai lalu membuat laporan kepada SPRM Selangor berhubung penyelesaian itu yang didakwa meragukan.
Ketua Pemuda UMNO Kelana Jaya, Maisham Maarof, dalam laporannya antara lain mendakwa, penyelesaian pertikaian oleh MBI dan Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) membabitkan puluhan juta ringgit.
Maisham turut mempertikaikan tindakan universiti itu menganugerahkan kontrak baru kepada JNSB yang didakwanya melanggar perjanjian konsesi terdahulu.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu.
Beliau berkata, kenyataan media akan dikeluarkan pada petang ini.
Astro Awani
Tue Aug 22 2017
![SPRM serbu anak syarikat, universiti seliaan kerajaan Selangor SPRM serbu anak syarikat, universiti seliaan kerajaan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/41501498671_SPRMlogo.jpg)
Serbuan SPRM ke atas premis-premis berkenaan bagi mendapatkan maklumat untuk membantu siasatan berhubung pembayaran kontrak yang dipercayai merugikan kerajaan negeri itu.
![Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720156151_Paris.jpg)
Paris 2024: 16,000 katil kadbod untuk perkampungan sukan, media
Sebanyak 16,000 katil kadbod akan digunakan di Perkampungan Sukan Saint-Denis and Chateauroux dan di Perkampungan Media Dugny.
![Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720155909_TBnaim.jpg)
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Sheikh Ali Al-Qaradaghi adakan lawatan rasmi ke Malaysia
Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hari ini hingga 12 Julai atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Buruh bakal bentuk kerajaan, Starmer PM baharu?
Pengundian telah berakhir dan Parti Buruh Britain diunjurkan memenangi pilihan raya umum United Kingdom (UK) dengan kemenangan besar, sekaligus menukar senario politik di UK.
Penyokong anggap kemenangan buruh berita sangat hebat
Sementara itu, kumpulan penyokong Parti Buruh Britain gembira dengan laporan yang menyebut parti konservartif kalah teruk dalam pilihan raya yang diadakan
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
mereka meraikan lebih awal kejayaan buruh menewaskan konservatif dalam politik United Kingdom, U-K
![Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024 Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720154151_tbKeirStarmerlead.jpg)
Parti Buruh raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
Ringgit dijangka kukuh pada separuh tahun kedua 2024 - Pakar
Menurut Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof, pengukuhan ini dijangka akan menarik masuk dana asing ke dalam negara yang seterusnya akan memberi impak positif kepada pasaran saham tempatan.
Proses kira undi di Parlimen Rishi Sunak sedang berlangsung
Proses pengiraan undi sedang berlangsung di Kawasan parlimen Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak di Richmond, North Yorkshire, pada awal Jumaat.
![PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
PRK Sungai Bakap: Polis lengkapkan siasatan lelaki berkelakuan tidak senonoh terhadap wartawan
Lelaki berusia 30 an itu masih direman dan kawad cam akan dilakukan hari ini, kata Ketua Polis Pulau Pinang.
![Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720153038_TBSULTANIBRAHIM.jpg)
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maal Hijrah di Putrajaya Ahad ini
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H.
KESUMA arah KSU, Ketua Eksekutif HRD CORP buat laporan SPRM
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengarahkan Ketua Setiausahanya, Datuk Sri Khairul Dzaimee dan Ketua Eksekutif HRD CORP Datuk Wira Shahul Dawood membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat masalah didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
![Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674061332_TBRUMAIZI.jpg)
Peniaga bazar Ramadan sewakan tapak akan dikompaun, disenarai hitam - MBI
Majlis Bandaraya Ipoh akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga bazar Ramadan yang didapati menyewakan tapak bazar kepada pihak lain.
![Warga emas kumpul, longgok sampah di rumah terbiar, undang risiko Warga emas kumpul, longgok sampah di rumah terbiar, undang risiko](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707953011_longgoksampah.jpg)
Warga emas kumpul, longgok sampah di rumah terbiar, undang risiko
Rumah tersebut kini dipenuhi sampah sarap, masalah bau serta ancaman haiwan berbisa kepada penduduk setempat.
![MBI tidak lagi hantar bil cukai taksiran, urusan guna aplikasi DMBI MBI tidak lagi hantar bil cukai taksiran, urusan guna aplikasi DMBI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700038363_PEMBANGUNANPEKANL.jpg)
MBI tidak lagi hantar bil cukai taksiran, urusan guna aplikasi DMBI
Bermula Julai lepas, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak lagi menghantar bil cukai taksiran secara fizikal.
![MBI guna kaedah 'hot in-place' tampal jalan rosak di Ipoh MBI guna kaedah 'hot in-place' tampal jalan rosak di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698959953_HotInPlace.jpg)
MBI guna kaedah 'hot in-place' tampal jalan rosak di Ipoh
Rumaizi berkata buat masa ini kaedah berkenaan akan tertumpu kepada jalan utama yang membabitkan kawasan pentadbiran MBI.
![MBI PBT pertama guna CMA turap semula jalan - Datuk Bandar MBI PBT pertama guna CMA turap semula jalan - Datuk Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669798519_RumaiziBaharin.jpg)
MBI PBT pertama guna CMA turap semula jalan - Datuk Bandar
Malaysia, MBI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah terpilih untuk melaksanakan projek perintis itu.
![JAIPk, MBI serbu pusat hiburan di Ipoh JAIPk, MBI serbu pusat hiburan di Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693093581_JAIPk.jpg)
JAIPk, MBI serbu pusat hiburan di Ipoh
Dalam serbuan tersebut, seramai 38 orang beragama Islam telah dibawa balik ke pejabat untuk ujian saringan alkohol.
![Orang ramai dipelawa sertai Kayuhan Merdeka di Ipoh pada 30 Ogos Orang ramai dipelawa sertai Kayuhan Merdeka di Ipoh pada 30 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692927675_kayuhanmerdeka.jpg)
Orang ramai dipelawa sertai Kayuhan Merdeka di Ipoh pada 30 Ogos
Orang ramai dipelawa menyertai Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2023 bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.
![Saifuddin dedah gambar, dokumen berkaitan isu REE di Bukit Enggang Saifuddin dedah gambar, dokumen berkaitan isu REE di Bukit Enggang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690887588_TBSaifuddinNasution.jpg)
Saifuddin dedah gambar, dokumen berkaitan isu REE di Bukit Enggang
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan gambar dan beberapa dokumen Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah berkaitan kecurian REE di Bukit Enggang, Sik,
![Bagaimana REE dibawa keluar tanpa kelulusan dan pengetahuan MBI? - Saifuddin Bagaimana REE dibawa keluar tanpa kelulusan dan pengetahuan MBI? - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689144927_TBSaifuddinNasution.jpg)
Bagaimana REE dibawa keluar tanpa kelulusan dan pengetahuan MBI? - Saifuddin
Saifuddin berkata tidak mungkin ada pihak yang mampu masuk ke kompartmen 12 di Bukit Enggang, Sik dan membawa keluar unsur nadir bumi (REE) tanpa pengetahuan MBI.
![REE Kedah: SPRM rekod kenyataan 12 individu - Azam REE Kedah: SPRM rekod kenyataan 12 individu - Azam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688562291_tbTanSriAzamBaki.jpg)
REE Kedah: SPRM rekod kenyataan 12 individu - Azam
SPRM telah merakam kenyataan 12 individu, bagi membantu siasatan kes rasuah lebih RM13 juta serta salah guna kuasa membabitkan isu REE di Kedah.