Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menyita empat lot tanah, sebuah kenderaan mewah serta barangan kemas dan jam mewah milik pengarah agensi kerajaan yang ditahan semalam.
Menurut sumber, badan pencegahan rasuah itu juga membekukan akaun bank dan pelaburan milik pengarah serta anak-anaknya dengan jumlah simpanan keseluruhan RM850,000.
Pada masa sama, SPRM Selangor mengenal pasti enam buah rumah bernilai RM3.3 juta yang terletak di Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan untuk disita, katanya.
Mengenai lot tanah yang disita, sumber itu berkata tiga lot terletak di Kedah dan satu lagi di Selangor dengan nilainya masih dalam proses anggaran.
"Selain sebuah Toyota Alphard, SPRM Selangor turut merampas dua utas jam tangan berjenama Orient dan Chopard, seutas gelang emas, seutas rantai emas dan sebentuk cincin emas dalam operasi yang dijalankan di kediaman dan pejabat suspek serta beberapa lokasi lain hari ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.
Beliau juga berkata pihaknya sedang menyiasat dengan lebih terperinci bagi mengenal pasti harta-harta lain milik suspek yang mungkin diperoleh melalui rasuah.
Pengarah berumur 54 tahun itu yang ditahan di sebuah hotel di Bagan Lalang, Sepang, Selangor tengah hari semalam, direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Dia disiasat kerana disyaki menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya bagi menganugerahkan projek membekalkan peralatan untuk agensinya kepada beberapa kontraktor berkepentingan.
Isterinya yang berusia 36 tahun yang turut ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan hari ini selepas keterangannya direkodkan.
Selain itu, SPRM turut menahan dua pemilik syarikat yang dipercayai telah menerima kontrak daripada pengarah tersebut, masing-masing di Alor Setar dan Shah Alam, dan kedua-dua mereka juga direman tujuh hari bagi membantu siasatan. -- Bernama
Bernama
Thu Feb 09 2017

SPRM Selangor turut mengenal pasti enam buah rumah bernilai RM3.3 juta yang terletak di Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan untuk disita. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

SPRM Selangor rampas lot tanah, kenderaan dan barangan mewah pengarah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor hari ini menyita empat lot tanah, sebuah kenderaan mewah serta barangan kemas dan jam mewah milik pengarah agensi kerajaan yang ditahan semalam.