KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membekukan aset melibatkan wang dan rumah Datuk Rohana Rozhan di London berjumlah kira-kira USD10 juta dolar susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, tindakan diambil di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001).
"Tindakan pembekuan aset atau wang telah dibuat. Tindakan selanjutnya kami akan terus siasat dan kembalikan wang kepada negara.
"Jumlah yang kami cari ialah kira-kira USD10 juta dan kami melakukan pembekuan dalam jumlah itu terhadap wang dan aset.
"Aset itu berkaitan dengan rumah di London dan wang terlibat," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya pada Selasa.
BACA: SPRM beku aset Rohana Rozhan selepas dakwaan ugutan babit 1MDB
Sementara itu, Azam tidak menolak kemungkinan Rohana akan dipanggil semula sekiranya perlu.
Dalam masa sama, SPRM juga akan turut mengambil keterangan individu lain yang berkaitan.
"Kes ini kita akan panggil juga individu lain, tetapi buat masa ini saya tidak boleh dedahkan nama individu terlibat dan juga perkara lain akan melibatkan kerjasama pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan beberapa lagi keterangan pihak AS,"jelasnya lagi.
BACA: 1MDB: SPRM rekod keterangan Rohana Rozhan sekali lagi
Astro Awani
Tue Mar 01 2022

Menurut Azam, tindakan pembekuan aset atau wang telah dibuat. Tindakan selanjutnya akan terus disiasat dan kembalikan wang kepada negara. - Gambar fail
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

'Rohana pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB'
Utusan Malaysia memetik sumber berkata, kesemua wang dipulangkan kepada kerajaan tahun lalu selepas siasatan SPRM selesai.

Rohana masih disiasat, SPRM minta orang ramai tidak buat spekulasi
SPRM masih lagi menyiasat kes bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan berhubung AS$10 juta yang diberikan oleh bekas bekas pegawai bank, Tim Leissner kepadanya.

Rohana setuju pulangkan aset berkaitan kes 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan telah menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Tim Leissner.

SPRM sahkan beku aset babitkan wang dan rumah Rohana Rozhan di London
SPRM mengesahkan telah membeku wang dan rumah Datuk Rohana Rozhan di London berjumlah kira-kira USD10 juta dolar.

Kenyataan Tim Leissner: Usul Anwar dirunding petang ini di Kamar Khas
Azhar Azizan bersetuju bahawa isu itu memenuhi keperluan yang ditetapkan di bawah Perkara 18 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

SPRM beku aset Rohana Rozhan selepas dakwaan ugutan babit 1MDB
Pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan.

1MDB: SPRM rekod keterangan Rohana Rozhan
Sumber SPRM memaklumkan, Rohana hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sekitar jam 9 pagi tadi.

Peletakan jawatan CEO Kumpulan Astro tiada kaitan dengan politik
Penyerahan notis enam bulan oleh Datuk Rohana Rozhan merupakan prosedur biasa untuk memastikan peralihan tugas yang lancar kepada penggantinya.

Rohana Rozhan letak jawatan CEO Kumpulan Astro
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan bakal melepaskan jawatan beliau berkuat kuasa pada 31 Januari 2019.