Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan bakal menggunakan pendekatan agama dalam usaha mencegah rasuah dalam kalangan penduduk di negeri ini.
Pengarahnya Datuk Moh Shamsudin Yusof berkata usaha menangani rasuah perlu ada 'kekuatan hati' bagi setiap orang yang membuat laporan atau menjadi saksi penting dalam mana-mana kes rasuah.
"Sekiranya tiada kekuatan dalaman, maka usaha menghapuskan kegiatan rasuah tidak akan berjaya sepenuhnya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.
Moh Shamsudin berkata untuk menjayakan usaha tersebut, pihaknya akan mendapatkan pelan tindakan daripada golongan pendakwah seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan mufti untuk sebarang rujukan.
"Kita dapati pelbagai pihak bersetuju untuk adakan bengkel lebih serius melalui pendekatan agama dan kita yakin usaha ini akan berjaya," katanya.
Beliau berkata bengkel berkenaan yang akan diadakan dalam tempoh terdekat akan melibatkan penyertaan beberapa tokoh ilmuan Islam.
Katanya, bengkel yang melibatkan program jangka pendek dan jangka panjang akan diadakan di surau atau masjid kerana pihaknya yakin golongan pendakwah agama lebih diyakini sekiranya memperjelaskan sesuatu isu termasuk rasuah.
"Untuk memberi penerangan lebih meluas, kita akan gunakan tokoh agama supaya orang ramai lebih sedar mengenai isu rasuah dan seterusnya membuat laporan sekiranya mengetahui berlakunya rasuah.
Dalam perkembangan lain, Moh Shamsudin berkata sejak Januari hingga Jun lepas, SPRM Kelantan membuat tangkapan ke atas 11 individu berkaitan kes rasuah.
Katanya dalam tempoh sama juga sebanyak 114 laporan kes rasuah diterima sama ada melalui pegawai yang bertugas atau melalui surat.
"Daripada jumlah itu, 22 kertas siasatan dibuka, 30 kes dirujuk kepada ketua jabatan masing-masing untuk tindakan dalaman dan selebihnya masih dalam tindakan kerana kekurangan bukti," katanya.
Bernama
Wed Jul 13 2016
SPRM Kelantan merujuk kepada golongan pendakwah seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri dan mufti untuk sebarang rujukan. - Gambar hiasan
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Anwar minta sokongan rakyat bantu bawa perubahan aspek tatakelola, cegah rasuah
Anwar meminta sokongan rakyat untuk terus bersamanya dalam usaha kerajaan membawa perubahan bagi aspek tatakelola dan mencegah rasuah di negara ini.
Britain setuju bantu Malaysia cegah, tangani rasuah - Tun M
Beliau berkata tawaran itu dinyatakan oleh Britain semasa lawatan kerjanya selama empat hari di negara tersebut.
SPRM Kelantan guna pendekatan agama cegah rasuah
Usaha menangani rasuah perlu ada 'kekuatan hati' bagi setiap orang yang membuat laporan atau menjadi saksi penting dalam mana-mana kes rasuah.