ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan sudah memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.
Menurut Muhammad Sanusi, SPRM hanya mengambil keterangan dengan mengemukakan empat soalan berkaitan REE, namun tiada sebarang penyerahan dokumen berkaitan.
Beliau berkata, ia berlangsung pada Ahad lepas (minggu lalu) di pejabatnya di Alor Setar.
“Semua sudah selesai. Empat soalan sahaja, saya bukan orang jahat, nak tanya banyak-banyak. Saya ini dikenali sebagai orang baik, tanya sikit pun cukup,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis angkat sumpah Speaker, Timbalan Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, pada Isnin.
Menurutnya, perkara itu tidak perlu dihebohkan kerana ia merupakan urusan dalaman pentadbiran dan ia dilakukan mengikut prosedur yang sewajarnya.
“Saya buat (ambil keterangan) senyap-senyap saja, hangpa (kamu semua) kira nak bagi riuh. Kalau tiap-tiap proses agensi atau jabatan nak kena maklum dalam surat khabar, jahanamlah kerajaan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri itu lagi, apa yang pemting ialah beliau telah bertemu dengan pegawai SPRM untuk memberi kenyataan.
“Tak perlu habaq (bagi tahu) SPRM Kedah atau Putrajaya, nanti macam-macam pula spekulasi. Yang penting, saya telah bertemu dengan pegawai SPRM dan beri kenyataan sekitar empat soalan,” ujar beliau.
Muhammad Sanusi turut berharap segala spekulasi berkaitan dirinya yang dikaitkan dengan kes kecurian REE itu dapat dilenyapkan selepas SPRM selesai mengambil keterangan beliau.
“Selesailah! Jangan duk korek jamu cucur apa, teh tarikkah. Macam-macam hangpa nak tahu. Yang itu bagi malaikat catat. Setiap kerja kita buat malaikat tulis, kerja yang buruk, malaikat belah kiri. Yang baik malaikat belah kanan. Itu buku akhirat,” jelasnya lagi.
Pada 11 September lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, siasatan tersebut sudah di fasa terakhir namun perlu melihat kepada beberapa aspek dalam konteks undang-undang dan prosedur.
Sebelum itu, SPRM telah memperoleh petunjuk baharu dan ia diteliti terlebih dahulu sebelum memanggil Muhammad Sanusi untuk diambil keterangan.
Astro Awani
Mon Sep 25 2023

Muhammad Sanusi turut berharap segala spekulasi berkaitan dirinya yang dikaitkan dengan kes kecurian REE itu dapat dilenyapkan selepas SPRM selesai mengambil keterangan beliau. - Foto Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.

Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

Kedah salur bantuan banjir RM500 kepada semua keluarga terjejas
Kerajaan Negeri Kedah akan menyalurkan bantuan RM500 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas banjir.

Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.

MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.

Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.

Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.

Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.

MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.