PUTRAJAYA: Sebanyak 156 kertas siasatan membabitkan kes berprofil tinggi dibuka Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari 2020 hingga 8 Jun lalu.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai mendedahkan daripada jumlah itu 60 peratus kes berkenaan melibatkan ahli politik.
Menurutnya, dalam tempoh itu BOK berjaya mendakwa 91 individu melibatkan 454 pertuduhan.
"Dalam tiga tahun (2020 hingga 8 Jun lalu) kita buka 156 kertas siasatan melibatkan 211 tangkapan, 91 individu ditahan dan 454 pertuduhan dibawa ke mahkamah," katanya dalam sidang media di pejabatnya baru-baru ini.
Kang Sai menambah, sejak lima tahun yang lalu, BOK mengambil pendekatan untuk mengutip hasil berbanding menuduh seseorang individu di mahkamah.
Dalam tempoh tiga tahun itu, katanya, kerajaan memperolehi hasil lebih RM10 juta menerusi perlucutan harta dan kompaun (lebih RM128 juta).
"Jadi dalam tempoh tiga tahun sahaja, kita berjaya mengumpul RM139 juta kepada kerajaan. Tak semestinya kita (SPRM) perlu membawa penjenayah untuk ke mahkamah sebaliknya kita ada pendekatan yang lebih baik untuk menambah hasil kepada kerajaan," tambahnya lagi.
BOK merupakan salah satu inisiatif bagi mencapai Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan rasuah berskala besar, perolehan dan penguatkuasaan.
Siasatan BOK berfokus kepada kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam dengan nilai rasuah melebihi RM1 juta.
Antara kes-kes berprofile tinggi yang disiasat badan tersebut dalam tempoh tersebut adalah seperti berikut:
* Op Mitra - Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) yang melibatkan dana RM84 juta.
* Op Hire - Beberapa buah syarikat mengemukakan maklumat pekerja yang mempunyai butir matan palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi memperolehi peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi melaksanakan Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan sedangkan program tidak dilaksanakan sepenuhnya.
* Seorang individu bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan berhubung geran berjumlah lebih RM80 juta membabitkan sebuah institut berkaitan automotif
* Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Institut, Robotik, dan IoT (MARii) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5 juta.
Op Marii
* Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Institut, Robotik, dan IoT (MARii) didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5 juta.
Umavathi Ramayah
Wed Jul 05 2023
Tan Kang Sai mendedahkan 60 peratus kes yang disiasat sehingga 8 Jun lalu melibatkan ahli politik. - Foto SPRM
Ringgit dijangka stabil berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan.
Siapkan projek fasa 1B lebuhraya Pan Borneo ikut jadual
Kontraktor projek lebuhraya Pan Borneo Sabah yang baru menerima surat lantikan untuk memulakan kerja bagi fasa 1B diberi amaran awal supaya memastikan projek berjalan lancar.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata, beliau mahu memastikan semua 19 pakej kerja dalam fasa berkenaan tidak berlaku kelewatan.
Belanjawan 2025 diharap bantu B40, M40 miliki kediaman sendiri
Kerajaan melalui SPNB komited menyediakan perumahan mampu milik, khususnya untuk golongan B40, sebagaimana terbukti dalam RMK-12.
[TERKINI] Sultan Pahang perkenan fatwa GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenankan fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Perundingan Syarak negeri itu bahawa pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd sama ada pekerja atau mana-mana orang Islam adalah menyeleweng dan sesat.
[TERKINI] 19 terkoban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Bosnia-Herzegovina pada Jumaat
Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.
AWANI Ringkas: Media sosial - Ini ingatan daripada KSN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Perunding kecantikan rugi lebih RM480,000 terperdaya 'job scam' dalam talian
Seorang perunding kecantikan mengalami kerugian RM485,100 selepas mendakwa terperdaya dengan penipuan pekerjaan atau 'job scam' dalam talian, pada Julai lepas.
PM Anwar ucap selamat ulang tahun ke-57 SPRM
Anwar berharap suruhanjaya itu meneruskan usaha dan komitmen untuk membersihkan negara daripada rasuah.
Agong zahir ucapan tahniah sempena ulang tahun ke-57 SPRM
Ucapan tersebut disampaikan oleh Seri Paduka Baginda menerusi catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai.
SPRM berjumpa Maszlee isu 1BestariNet
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan perjumpaan dengan bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik melibatkan isu 1BestariNet.
SPRM bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih
SPRM dalam kenyataan memaklumkan setiap tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Syarikat pembinaan perlu ada sijil ISO antirasuah dalam tempoh dua tahun - SPRM
Syarikat sektor pembinaan di negara ini diingatkan untuk memiliki pensijilan Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001 (ABMS) dalam tempoh dua tahun dari sekarang.
SPRM siasat syarikat warga Bangladesh terlibat sindiket 'counter setting'
Azam berkata syarikat ini dikesan membawa masuk pekerja dari Bangladesh secara tidak sah, dengan menyamar sebagai pelancong.
[KOLUMNIS] Penipuan bidaan kontrak bukan rahsia lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan bahawa 20 peratus aduan yang diterima antara 2022 sehingga Julai 2024 adalah berkaitan dengan urusan perolehan awam dan swasta.
Salah guna visa pelancong punca utama kes 'counter setting' - SPRM
SPRM mengenal pasti penggunaan visa pelancong dalam kalangan warga asing merupakan antara punca utama berlakunya kegiatan 'counter setting' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).