KUALA LUMPUR: Enam ahli sindiket mengurangkan duti kereta mewah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga lebih RM33 juta, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah, pada 15 dan 16 Januari ini.
Kesemua suspek yang merupakan pengusaha dan runner perkhidmatan gudang penyimpanan kereta mewah di Pulau Langkawi, sebelum ini ditahan menerusi satu operasi khas yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Julai 2023.
Sumber memberitahu, keenam-enam suspek akan menghadapi lebih 21 pertuduhan di bawah Seksyen 468 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
‘’Operasi dijalankan SPRM susulan isu terkurang kutipan duti kastam sepanjang 2012 hingga 2021 di Pulau Langkawi yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2022 (LKAN 2022).
‘’LKAN 2022 menyebut bahawa terdapat unsur ketirisan lebih RM72 juta dalam pengutipan duti kastam melibatkan lebih 100 kenderaan mewah pelbagai jenama antaranya seperti Lamborghini, Ferrari, Porsche, Bentley, McLaren dan Rolls Royce,’’ katanya pada Sabtu.
Tambahnya, susulan LKAN 2022 itu, SPRM telah menjalankan satu operasi khas yang dipanggil ‘Op Eagle’ dan mengesan terdapat sindiket yang bersubahat dengan pemilik kereta mewah yang mahukan pengecualian dan pengurangan duti kastam walaupun sebenarnya mereka tidak layak.
‘’Sindiket ini telah menggunakan surat akuan sumpah atas nama pemilik kenderaan yang palsu sebagai tulen kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
‘’Menerusi operasi itu juga, SPRM turut mengesan unsur ketirisan dan salah laku rasuah di Pusat Bebas Cukai (PBC) seterusnya menjejak semula 100 kereta mewah yang disyaki mengelak daripada dikenakan duti kastam,’’ ujarnya.
Selain itu, menerusi operasi khas fasa pertama yang dijalankan di Johor dan Sabah sekitar Julai tahun lalu, SPRM berjaya menyita sembilan kereta mewah pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM12 juta.
Hasil operasi itu juga, SPRM berjaya menumpaskan satu sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga RM33 juta selain turut menahan seramai tujuh individu.
SPRM juga sedang menyiasat pemilik-pemilik kenderaan di bawah kesalahan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) kerana memilik serta melupuskan hasil kegiatan jenayah serius ini.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan kesemua suspek akan didakwa di bawah kesalahan Seksyen 468 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Katanya, SPRM juga sedang menyiasat pemilik-pemilik kenderaan di bawah kesalahan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) kerana memilik serta melupuskan hasil kegiatan jenayah serius ini.
Syafik Shukri Jalil
Sat Jan 13 2024
![SPRM bongkar sindiket kurangkan duti kereta mewah di Langkawi SPRM bongkar sindiket kurangkan duti kereta mewah di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705134069_sindiketkeretaSPR.jpg)
Antara kereta mewah yang dirampas dalam Op Eagle SPRM.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717921134_FadillahYusof.jpg)
LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah
PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
![Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719992977_MKulasegaran.jpg)
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Audit (Pindaan) 2024
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024 yang bertujuan meluaskan kuasa Ketua Audit Negara bagi memeriksa, menyiasat dan mengaudit akaun mana-mana badan lain.
![Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022 Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709694229_Felda.jpg)
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.
![Wujudkan Akta Salah Laku Penjawat Awam, tingkat keupayaan perangi rasuah - Akhbar Satar Wujudkan Akta Salah Laku Penjawat Awam, tingkat keupayaan perangi rasuah - Akhbar Satar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675685761_akhbarsatar.jpg)
Wujudkan Akta Salah Laku Penjawat Awam, tingkat keupayaan perangi rasuah - Akhbar Satar
Akta Salah Laku Penjawat Awam perlu diwujudkan kerajaan sebagai usaha tambahan memerangi rasuah dengan berkesan.
![SPRM bongkar sindiket kurangkan duti kereta mewah di Langkawi SPRM bongkar sindiket kurangkan duti kereta mewah di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705134069_sindiketkeretaSPR.jpg)
SPRM bongkar sindiket kurangkan duti kereta mewah di Langkawi
Enam ahli sindiket mengurangkan duti kereta mewah secara tidak sah yang mengakibatkan ketirisan cukai kerajaan sehingga lebih RM33 juta, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar, Kedah.
![LKAN akan dibentang secara berkala di Mesyuarat Jemaah Menteri LKAN akan dibentang secara berkala di Mesyuarat Jemaah Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71630043094_TBKABINETPUTRAJAYA.jpg)
LKAN akan dibentang secara berkala di Mesyuarat Jemaah Menteri
LKAN dengan format baharu lebih berstruktur dan diperkasa, dan akan dikenali sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN).
![Pendekatan 'quick win' langkah kerajaan tangani isu mendesak - Penganalisis Pendekatan 'quick win' langkah kerajaan tangani isu mendesak - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683954080_PMAnwarIbrahim.jpg)
Pendekatan 'quick win' langkah kerajaan tangani isu mendesak - Penganalisis
Pendekatan PM membolehkan beliau dan kepimpinan negara mengenal pasti masalah dan mengumumkan bantuan yang diperlukan.
![Wan Suraya dilantik Ketua Audit Negara baharu Wan Suraya dilantik Ketua Audit Negara baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686550475_TBWanSuraya.jpg)
Wan Suraya dilantik Ketua Audit Negara baharu
Wan Suraya menggantikan Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid yang tamat kontrak sebagai Ketua Audit Negara pada Februari lepas.
![Laporan Ketua Audit Negara: SPRM buka kertas siasatan jika ada kesalahan jenayah Laporan Ketua Audit Negara: SPRM buka kertas siasatan jika ada kesalahan jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677129510_TBazambaki.jpg)
Laporan Ketua Audit Negara: SPRM buka kertas siasatan jika ada kesalahan jenayah
SPRM akan membuka kertas siasatan berhubung ketirisan dan pembaziran dana awam dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 jika terdapat kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa agensi itu.
![Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/41547690696_DrAhmadMartadhaMo.jpg)
Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis
Kerajaan perlu mengambil tindakan serius kepada pemantauan sebarang projek kerajaan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.