Warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak membocor atau mendedahkan maklumat rahsia agensi itu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
"Kita tidak akan halang mereka daripada berkawan, dengan syarat tidak membocorkan maklumat dan bukti yang dimiliki SPRM," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar 'On Gearing Up For Corporate Liability' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Anggota Jawatankuasa Biro Komunikasi dan Mobilisasi Pakatan Harapan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan baru-baru ini menggesa siasatan mengenai kebocoran maklumat SPRM dilakukan ekoran dakwaan Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam yang mengakui masih mempunyai 'kawan' di dalam SPRM.
Lokman yang juga Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat Malaysia dalam mesej aplikasi Whatsapp yang tular pada Isnin memberitahu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata notis pemanggilan itu bukan satu rahsia kerana selepas notis diserahkan, pihak yang dipanggil boleh berkongsi maklumat mengenainya dengan orang lain.
"Bila notis diserahkan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid, ia telah menjadi dokumen awam...dia boleh beritahu mengenai perkara itu kepada isteri atau peguamnya," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Shukri berkata suruhanjaya itu tidak akan menyiasat pegawainya berhubung dakwaan kebocoran maklumat seperti dalam kes Ahmad Zahid dipanggil ke SPRM itu.
Sementara itu Mohd Shukri berkata komuniti perniagaan dan aktiviti komersial ketika ini masih belum memahami peruntukan baharu seksyen 17A dalam pindaan Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 yang diluluskan Parlimen April lepas.
Menurutnya komuniti itu beranggapan peruntukan baharu seksyen itu nanti bererti jika ada ada individu dalam syarikat melakukan kesalahan rasuah, seluruh lembaga pengarah atau pengurusan tertinggi akan dikenakan tindakan undang-undang.
"Kita tidak buat begitu, board atau pengurusan tertinggi hanya akan diambil tindakan sekiranya perbuatan orang bawahan di dalam pengetahuan mereka," katanya.
Mohd Shukri berkata pengurusan tertinggi hanya dikenakan tindakan selepas siasatan dijalankan yang mendapati kesalahan itu dilakukan di dalam pengetahuan mereka.
Atas faktor itu, katanya pindaan akta itu hanya akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun daripada tarikh ia diluluskan bagi memberi peluang kepada pihaknya memberi kefahaman yang jelas kepada pihak berkepentingan. -- Bernama
Bernama
Wed Oct 10 2018
!['SPRM bebas berkawan dengan siapa sahaja' 'SPRM bebas berkawan dengan siapa sahaja'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71526974225_ketuaSPRM.jpg)
MOHD SHUKRI: Kita tidak akan halang mereka (warga SPRM) daripada berkawan, dengan syarat tidak membocorkan maklumat dan bukti yang dimiliki SPRM. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tumpuan Rabu – 17 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
!['Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah 'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529645411_SHUKRIABDULL.jpg)
'Hasrat undur diri sejak Disember' - Shukri kesal keputusannya undang kecaman, fitnah
Shukri berkata beliau bukannya meletak jawatan atau diarahkan meninggalkan SPRM kerana menutup beberapa 'fail' berprofil tinggi.
![Rasuah: KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia Rasuah: KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526963987_KetuaSPRM.jpg)
Rasuah: KP SPRM malu mengaku rakyat Malaysia
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull berkata, pada 2014 CPI negara mencatatkan 52 markah sahaja dan turun sehingga 47 tahun lalu.
![Isu transaksi tanah: SPRM ambil keterangan Daim Zainuddin Isu transaksi tanah: SPRM ambil keterangan Daim Zainuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526963987_KetuaSPRM.jpg)
Isu transaksi tanah: SPRM ambil keterangan Daim Zainuddin
Hasil siasatan menunjukkan sekurang-kurangnya terdapat transaksi 91 lot tanah yang meragukan.
![Muhyiddin gesa Shukri buat laporan polis Muhyiddin gesa Shukri buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526972045_TanSriMuhyiddinYa.jpg)
Muhyiddin gesa Shukri buat laporan polis
Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterima.
![PAS sokong sebulat suara pindaan perlembagaan perkasakan SPRM PAS sokong sebulat suara pindaan perlembagaan perkasakan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/41406293702_295x200.jpg)
PAS sokong sebulat suara pindaan perlembagaan perkasakan SPRM
PAS akan memberi sokongan sebulat suara terhadap pindaan Perlembagaan Persekutuan menerusi penggubalan undang-undang bagi memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
![SPRM terima 10,000 hingga 12,000 maklumat rasuah setiap tahun SPRM terima 10,000 hingga 12,000 maklumat rasuah setiap tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41380015065_295x200.jpg)
SPRM terima 10,000 hingga 12,000 maklumat rasuah setiap tahun
SPRM tetap menerima semua aduan dan menjalankan siasatan walaupun ada antaranya agak janggal.