PAS akan memberi sokongan sebulat suara terhadap pindaan Perlembagaan Persekutuan menerusi penggubalan undang-undang bagi memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sokongan itu dinyatakan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis perbincangan antara pengurusan tertinggi SPRM dan pemimpin PAS di bangunan Parlimen, malam tadi.
"Saya memberi jaminan kesemua 21 anggota Parlimen PAS akan menyokong pindaan ini," katanya.
Pindaan itu akan melibatkan dua perkara utama iaitu menambah peruntukan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM dan pelantikan Ketua Pesuruhjaya badan bebas itu.
SPRM memerlukan sokongan dua pertiga daripada anggota parlimen di Dewan Rakyat untuk memastikan pindaan perlembagaan itu berjaya apabila dibentangkan di Parlimen kelak.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pindaan tersebut amat penting bagi meningkatkan kewibawaan dan kebebasan SPRM.
Katanya peruntukan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM bertujuan bagi membolehkan badan itu melantik dan memecat pegawainya secara bebas tanpa melalui proses biasa yang dilalui penjawat awam iaitu menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Berhubung pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, pindaan itu akan memperuntukkan Ketua Pesuruhjaya dilantik secara bebas melalui Perlembagaan dan persetujuan Majlis Raja-Raja.
"Saya berharap pindaan ini mendapat sokongan dua pertiga anggota parlimen kerana pindaan ini akan membolehkan SPRM membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dengan lebih berkesan dan bebas," katanya.
Terdahulu, Abdul Hadi dalam ucapannya berkata SPRM perlu diberi kebebasan untuk bertindak dalam melaksanakan peranannya dan anggota parlimen juga perlu bertanggungjawab mengemukakan cadangan bagi meningkatkan martabat SPRM.
Beliau berkata PAS sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya dan 'membuka pintu' kepada SPRM untuk menyiasat jenayah rasuah termasuk dalam kalangan anggota parti itu sendiri.
"Kita tidak mahu anggota kita yang tidak betul dan tidak jujur serta tidak membawa kebaikan. Tidak boleh melindungi walaupun orang yang paling rapat dengan kita," katanya.
Bernama
Wed Apr 01 2015
![PAS sokong sebulat suara pindaan perlembagaan perkasakan SPRM PAS sokong sebulat suara pindaan perlembagaan perkasakan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/41406293702_295x200.jpg)
PAS akan memberi sokongan sebulat suara terhadap pindaan Perlembagaan Persekutuan menerusi penggubalan undang-undang bagi memperkasakan SPRM. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).