PUTRAJAYA:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ialah pada 25 Sept.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata hari penamaan calon untuk PRK itu ditetapkan pada 13 Sept sementara pengundian awal pada 21 Sept.
Daftar pemilih untuk PRK itu ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku pertama tahun 2014 dan dikemas kini sehingga 20 Ogos 2014.
"Sebanyak 11 buah sekolah digunakan untuk pusat pengundian dengan 46 saluran mengundi. Sebanyak 422 petugas akan dilantik untuk PRK kali ini," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung pilihan raya kecil DUN itu di sini hari ini.
PRK untuk DUN Pengkalan Kubor diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Noor Zahadi Omar pada 20 Ogos lepas, akibat kanser hati.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Noor Zahidi yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi sebanyak 10,174 mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438 undi) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary (65 undi)
Abdul Aziz berkata daftar pemilih di kawasan berkenaan mengandungi 24,039 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 23,929 pemilih biasa, 109 pemilih awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara (PTH) dan daftar pemilih itu akan mula dijual pada 8 Sept ini.
"Kawasan itu mempunyai 12,462 (51.84 peratus) pengundi lelaki, wanita 11,577 (48.16 peratus), pengundi berdaftar paling ramai ialah kategori umur 30 hingga 39 tahun iaitu 5,744 (23.89 peratus)," katanya.
Sementara itu SPR katanya menetapkan tarikh tutup permohonan undi pos dalam negara ialah pada 15 Sept dan untuk luar negara pada 13 Sept.
Beliau berkata pusat penamaan calon pula akan diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, penjumlahan rasmi undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa Tumpat, Kelantan sementara pusat pengundian awal di Dewan Delima Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
"Kos perbelanjaan pilihan raya kali ini sebanyak RM696,750 dan tiga pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya akan diwujudkan," katanya.
Semakan daftar pemilih boleh dibuat dengan melayari laman web www.spr.gov.my dan melalui SMS dengan menaip SPR(jarak)SEMAK(jarak)NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 8 Sept atau menghubungi talian 03-88856565 atau 09-7482510.
Pada sesi soal jawab kemudian Abdul Aziz berkata seperti PRK sebelum ini, dakwat kekal akan digunakan.
Mengenai jangkaan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi, beliau berkata mungkin jumlahnya tidak kurang daripada 70 peratus memandangkan pada pilihan raya umum ke-13 jumlah keluar mengundi ialah 79 peratus.
Ditanya kemungkinan berlakunya banjir semasa proses pilihan raya pula SPR bersedia menghadapinya kerana sebelum ini pernah ada pengalaman berdepan situasi berkenaan semasa pilihan raya kecil Tenang di Johor, katanya.
Bernama
Fri Aug 29 2014
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fantastic Food Festival 7.0 by Kak Nab meriah, platform usahawan IKS bina 'branding' tersendiri
Penganjuran Fantastic Food Festival (FFF) 7.0 dengan kerjasama Yaya Empire Perfume menjadi satu sinergi terbaik untuk para usahawan memasarkan produk.
Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
PRK Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang - SPR
Sebanyak 47.16 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 4 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Mahkota: Jangan pakai, bawa barangan dengan logo parti ke pusat mengundi - SPR
Kegagalan pengundi mematuhi atau melanggar peruntukan yang ditetapkan boleh menyebabkan mereka dilarang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.
SPR seru pengundi DUN Mahkota keluar mengundi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyeru pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian Sabtu ini (28 Sept).
Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2024 (DPT BLN8/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Okt depan.
Penamaan calon PRK DUN Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail - SPR
Proses penamaan calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu ini akan diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, Johor.
PRK Nenggiri: Lepasi jangkaan SPR, 68.21 peratus mengundi setakat 3 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Nenggiri melebihi jangkaan SPR apabila 68.21 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab sehingga 3 petang.
PRK Nenggiri: Jumlah keluar mengundi menggalakkan
Peratusan keluar mengundi warga emas dan anak muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri setakat 11 pagi ini amat menggalakkan.
PRK DUN Mahkota: Penamaan calon 14 Sept, hari mengundi 28 September, kos RM2.4 juta
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
PRK Nenggiri: Enam pusat mengundi akan ditutup awal Sabtu ini
Enam daripada 20 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan diadakan Sabtu ini, akan ditutup lebih awal.