Semua petugas media yang diperakukan oleh majikan sebagai petugas yang dikehendaki bertugas di luar kawasan pendaftarannya pada hari mengundi untuk membuat liputan pilihan raya dan perkara-perkara berkaitan dengannya, layak untuk mendapat kemudahan mengundi secara pos dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) akan datang.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan mengundi secara pos adalah berdasarkan permohonan yang diterima daripada mereka kepada pegawai pengurusan bahagian pilihan raya di mana mereka didaftarkan.
Wartawan dan jurufoto ialah antara 112 kategori petugas yang disenaraikan layak mendapat kemudahan itu. Kategori lain antaranya pereka grafik, jurutera siaran luar, pengurus teknikal, juruteknik, juruelektrik, penerbit, pembantu skrip, pemandu dan pekerja am.
Kamaruddin berkata demikian pada sesi penerangan kepada media berhubung kemudahan itu di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata tidak semua petugas media diberikan kemudahan tersebut, misalnya wartawan yang membuat liputan lain selain berkaitan pilihan raya di luar kawasan pendaftarannya tidak layak mendapat kemudahan itu.
"Hanya media yang memenuhi syarat-syarat tertentu layak diberikan kemudahan mengundi secara pos," katanya yang menambah, mereka juga mestilah berkhidmat dengan agensi-agensi yang berdaftar dalam Direktori Media Awam 2012 yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia.
Kamaruddin berkata petugas media yang ingin memohon untuk mengundi secara pos hendaklah menggunakan Borang 1A yang akan diserahkan kepada agensi media atau dengan memuat turunnya dari laman sesawang SPR.
Katanya tarikh akhir untuk menghantar Borang 1A tersebut ialah pada hari ketiga selepas Hari Penamaan Calon.
Kata beliau Borang 1A yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan melalui faks, pos atau menyerahkannya sendiri.
Beliau berkata Pegawai Pengurus boleh menolak sesuatu permohonan sekiranya Borang 1A tidak lengkap, bukan pemilih berdaftar dalam bahagian pilihan raya yang berkenaan dan Borang 1A diterima lewat daripada hari ketiga selepas Hari Penamaan Calon.
Beliau berkata para petugas media yang mengundi secara pos akan menerima sampul keutamaan yang di dalamnya antara lain mengandungi kertas undi untuk calon kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing.
Sampul-sampul keutamaan itu akan dihantar kepada pengundi melalui surat berdaftar dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad dan juga boleh dikembalikan melalui pos tanpa setem.
Kamaruddin turut menolak kemungkinan berlaku kelambatan kertas undi diterima kerana pihak Pos Malaysia telah memberi jaminan akan memberikan keutamaan kepada sebarang surat yang mempunyai logo SPR dalam masa pilihan raya.
Ditanya jumlah petugas media yang dijangka akan menggunakan kemudahan itu, Kamaruddin berkata beliau menjangka jumlahnya kurang daripada 10,000 orang.
Kemudahan itu diberikan selepas SPR bersetuju dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan tanpa dibahaskan di Dewan Rakyat April lepas.
Bernama
Mon Dec 03 2012
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Lelaki 37 tahun individu pertama didakwa di bawah Akta Anti-Menghendap
Lelaki itu didakwa mengintip dan melakukan gangguan seksual terhadap seorang jurugambar wanita selama beberapa tahun.
Hanya sekadar suka-suka, foto remaja ini dipilih warnai akaun rasmi Apple
Foto tersebut mendapat lebih 200,000 tanda suka dan turut menerima ribuan komen daripada pengikut Instagram syarikat gergasi itu.
Pengusaha butik pengantin Perak mohon tarikh untuk mula operasi perniagaan
Ramai dalam kalangan mereka kini terbeban dengan bayaran sewa kedai, gaji pekerja, dan pelbagai utiliti lain berkaitan, malah ada yang telah gulung tikar.
PKPB: Nasib jurugambar perkahwinan diketahui Selasa depan - Ismail Sabri
Nasib jurugambar perkahwinan sama ada mereka dibenarkan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti sektor lain atau sebaliknya pada tempoh pandemik ini akan diketahui, Selasa depan.
Jurufoto SPRM tunjuk gambar lokasi Rosmah terima wang RM1.5 juta
Mohd Redzuan berkata Saidi, Rayyan dan seorang lelaki dikenali sebagai Shamsul telah dibawa secara berasingan bagi menunjukkan lokasi di mana berlakunya kejadian transaksi penyerahan wang.
Masuk perangkap: Jurufoto, polis berkas suspek kes samun kamera
Tiga suspek ditahan polis selepas cuba jual kamera curi kepada jurufoto mangsa samun.
Jurufoto Utusan terima pengiktirafan Malaysia Book Of Records
Mohd Noor Mat Amin merupakan jurufoto pertama di dunia yang berjaya memproses filem warna secara manual di Everest Base Camp.
Dua direman bantu siasatan kes pukul jurugambar Utusan Malaysia
Irwan Majid cedera dipukul oleh dua ahli keluarga seorang tertuduh yang dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah pada Rabu.
Jurufoto cedera dipukul keluarga tertuduh kes dadah
Kamera mangsa turut dihempaskan ke lantai dan polis telah menahan seorang penyerang manakala seorang lagi melarikan diri.