Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menolak dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution berhubung sekatan terhadap kumpulan pemerhati bebas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang disifatkan sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata dakwaan yang dibuat Saifuddin itu tidak berasas dan meminta beliau tampil sendiri untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran sebenar mengenai perkara itu daripada SPR.
"Saya lihat kenyataan yang dibuat beliau tidak tepat sama sekali dan menganggapnya sebagai cuba untuk mengelirukan rakyat sedangkan tuduhan yang dibuat itu langsung tidak berlandaskan maklumat yang sebenar dan tepat," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan Hello Malaysia terbitan BernamaTV di sini hari ini.
Beliau berkata segala peraturan yang ditetapkan SPR ke atas pemerhati bertujuan untuk memastikan pilihan raya berjalan lancar.
Wan Ahmad berkata pemerhati tidak dibenar bercakap dengan mana-mana agen parti dan petugas SPR di pusat mengundi supaya tugas mereka tidak terganggu di samping tidak dibenar bercakap kepada media bagi mengelak berlaku pelbagai kenyataan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
"Mereka yang dilantik adalah mengikut undang-undang dan tertakluk kepada akujanji pelantikan yang tidak membenarkan mereka berkomunikasi dengan pihak ketiga sebelum laporan hasil pemantauan diserah kepada SPR.
"Adalah tidak logik pemerhati dibenar untuk menemuduga petugas SPR yang dilantik...jangan cakap kalau tiada fakta yang betul, saya cabar Saifuddin untuk dapatkan kepastian penjelasan daripada SPR sendiri," katanya.
Saifuddin dalam satu sidang akhbar hari ini mendakwa panduan yang dikemukakan SPR kepada pemerhati berkenaan bukan sahaja menyekat malah tidak munasabah.
Sementara itu, Wan Ahmad berkata SPR akan menyerahkan akreditasi kepada lima badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik sebagai pemerhati iaitu Merdeka Centre, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham), Transparency International, Pusat Kajian Dasar Awam, (CPPS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai pemerhati dalam masa terdekat.
Bagaimanapun penguatkuasaan tugas mereka hanya akan bermula apabila Parlimen dibubar.
Bernama
Wed Jan 02 2013
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
"Saya mengaku terima cek peribadi daripada Najib" - Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
MIC bangkit menjadi 'kingmaker' dalam PRU15
Hubungan antara UMNO dan Bersatu semakin renggang kerana parti itu mendakwa kononya Bersatu membelakangkan kepentingan UMNO dalam kerajaan PN.
MIC mampu raih sokongan majoriti pengundi India
Vigneswaran banyak menumpukan perhatian kepada isu menjaga kebajikan ahli-ahli parti selain membela hak-hak politik mereka.
Najib lebih suka terima derma daripada kerabat Arab Saudi
Najib berkata, beliau lebih selesa jika tidak menerima sumbangan korporat kerana tidak mahu terhutang budi kepada sesiapa.
Usahasama antara 1MDB-Aabar untuk biayai dana PRU13 - Saksi
Shahrol Azral berkata, usahasama itu juga merupakan cadangan daripada Najib sendiri.
Perbicaraan SRC: 'Derma kontroversi' RM2.6 bilion dari Arab Saudi timbul
Derma itu dibangkitkan peguam pembelaan, Harvinderjit Singh apabila menyoal balas pengurus AmBank cawangan Raja Chulan, R. Uma Devi.
Peluang menang lebih mudah untuk BN di PRK Rantau
Kenyataan pemimpin MIC dan MCA untuk membubarkan BN baru-baru ini tidak menjejaskan prestasi BN sendiri dalam PRK Rantau kelak.
Undi Pas tentukan keputusan PRK Cameron Highlands
SEBANYAK tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) telah diadakan pada tahun lepas iaitu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bekas ADUN Gunung Semanggol meninggal dunia
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Perak, Mohd Zawawi Abu Hassan, 42 tahun, meninggal dunia di Hospital Taiping, kira-kira pukul 6.15 pagi Selasa.
PRK Cameron Highlands tunjuk pola sokongan India kepada MIC
Sokongan pengundi India secara besar-besaran telah membantu PH menamatkan pentadbiran kerajaan BN yang memerintah selama 61 tahun dan meletakkan PH di atas singgahsana Putrajaya.