Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan pengundi sekitar 70 peratus pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang dijadualkan pada 13 Okt.
Pengerusi SPR Azhar Harun berkata ini berdasarkan kepada faktor termasuk calon-calon yang nampaknya menjadi tarikan kepada pengundi di kawasan itu.
"Ada calon yang benar-benar kuat ... (dengan) latar belakang yang berlainan dan kumpulan pengundi berlainan yang menyokong mereka," katanya dalam program bual bicara terbitan Astro Awani malam tadi.
Beliau menjangkakan angka-angka itu akan lebih tinggi daripada pilihan raya kecil Sungai Kandis dan Balakong sebelum ini yang mencatatkan peratusan pengundi yang rendah.
PRK Parlimen Port Dickson merupakan pertandingan tujuh penjuru antara calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PAS Mohd Nazari Mokhtar dan lima calon bebas termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mengenai dakwaan bahawa PRK Port Dickson adalah pembaziran wang awam, Azhar berkata di bawah undang-undang, anggota parlimen (MP) boleh mengosongkan kerusi pada bila-bila masa tanpa apa-apa sebab.
"Jadi, di sini seorang ahli Parlimen yang terpilih memutuskan untuk mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada Anwar dicalonkan (sebagai calon) pada pilihan raya kecil.
"Jadi di bawah undang-undang, dia boleh berbuat demikian dan dia berbuat demikian yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan.
"SPR mengambil perhatian bahawa terdapat kekosongan kerusi itu dan kita perlu mengadakan pilihan raya kecil, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 08 2018
Deretan bendera Pakatan Harapan dan PAS telah dipasang di sepanjang jalan ketika tinjauan di Pekan Lukut, Port Dickson, 8 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Rentas daerah mengikut zon rancakkan pelancongan domestik Sabah
Hotel, resort dan destinasi pelancongan menerima sambutan memberangsangkan daripada penduduk tempatan.
SPR jangka 70% peratusan keluar mengundi pada PRK Port Dickson
Pengerusi SPR Azhar Harun berkata ini berdasarkan kepadafaktor termasuk calon-calon yang nampaknya menjadi tarikan kepadapengundi di kawasan itu.
Hari mengundi Rabu tidak jejas peratusan keluar mengundi - Wan Ahmad
Jumlah peratusan mengundi pada setiap PRU yang diadakan mencatatkan peratusan pengundi keluar mengundi melebihi 70 peratus.