GEORGE TOWN:Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) mempelawa pihak berkelayakan mengemukakan cadangan masing-masing bagi tawaran pajakan feri ikonik Pulau Pinang untuk dijadikan muzium atau restoran terapung.
Pengerusinya, Datuk Tan Teik Cheng berkata, dokumen tawaran permohonan cadangan (RFP) untuk tujuan itu akan dijual kepada umum bermula 29 Januari hingga 15 Februari dan tarikh tutup untuk mengemukakan cadangan ialah pada 19 Mac depan.
Pajakan ini ialah untuk tempoh 10 tahun dengan opsyen penyambungan lima tahun, katanya dalam kenyataan hari hari ini.
Menurutnya, tawaran itu selaras dengan keputusan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebelum ini.
Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang berkenaan secara dalam talian melalui www.penangport.gov.my.
Sementara itu, Tan berkata, susulan perbincangan dengan kerajaan negeri yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang, Zairil Khir Johari pada 11 Januari lalu, SPPP bersetuju menghadiahkan sebuah feri kepada kerajaan negeri selepas mengambil kira hubungan serta kerjasama baik kerajaan Pulau Pinang selama ini.
Bermula 1 Januari lepas, perkhidmatan bot laju telah digunakan bagi membawa penumpang pejalan kaki menggantikan feri ikonik yang sudah beroperasi kira-kira 126 tahun di negeri ini.
Feri sedia ada pula hanya akan digunakan bagi membawa penunggang basikal dan motosikal hingga Julai 2022 manakala perkhidmatan feri untuk membawa kereta ditamatkan sepenuhnya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 27 2021

Pajakan feri ikonik Pulau Pinang ialah untuk tempoh 10 tahun dengan opsyen penyambungan lima tahun, kata Pengerusi SPPP, Datuk Tan Teik Cheng. - Gambar Astro AWANI/ HILAL AZMI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Subsidi diesel untuk feri, bot turut melegakan pengguna
Pemberian subsidi itu sekurang-kurangnya dapat mengelakkan para pengusaha feri dan bot daripada menaikkan harga tiket secara mendadak.

SPPP sambut baik pemberian subsidi diesel, ringankan kos operasi
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata subsidi itu sedikit sebanyak dapat meringankan kos operasi feri penumpang di Pulau Pinang.

Sembilan perjalanan feri laluan Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan
Kapten Baharin berkata, jumlah keseluruhan penumpang yang terbabit adalah seramai 1,791 orang.

Lima PATI ditahan naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah
Lima PATI warga Myanmar ditahan anggota Maritim Malaysia ketika dalam feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah.

Penang Port tawar khidmat sewa feri bagi jana pendapatan baharu
Syarikat itu melihat potensi besar dalam langkah terbaharu itu kerana ia telah menerima banyak pertanyaan daripada pihak-pihak yang berminat.

Lebih banyak operator feri, lebih baik - Sanusi
Ia bukan sahaja akan menguntungkan pengguna malah saingan sihat dalam perkhidmatan dapat meningkatkan tahap syarikat pengendali feri sedia ada.

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan kaji cadangan feri JB-Singapura
Isu kesesakan itu sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet juga ditubuhkan bagi membincangkan masalah tersebut.

Feri baharu Pulau Pinang mula operasi secara rasmi hari ini
Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi pada Isnin dengan memulakan trip pertamanya dari Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Perkhidmatan feri Pulau Pinang percuma selama sebulan mulai 7 Ogos
Ini susulan ketibaan empat feri baharu di Pulau Pinang dan pihak Penang Port Sdn Bhd akan mengambil masa untuk tempoh percubaan.

Perkhidmatan RORO dari Kuala Kedah-Langkawi dapat sambutan baik
Tambahan perkhidmatan enam RORO lagi berserta tambahan jadual perjalanan sedang dirancang bagi menampung keperluan orang ramai.