Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bakal membina dua lagi projek membabitkan 1,885 unit di bawah program Rumah Pertama Rakyat di Selangor dalam tempoh terdekat.
Pengerusinya Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata projek itu sedang dalam pembinaan bagi memenuhi permintaan tinggi penduduk Selangor selain komitmen Kerajaan Pusat untuk menyediakan rumah kepada golongan memerlukan.
"Terima kasih kita ucapkan kepada kerajaan Selangor yang memberikan kerjasama termasuk proses kelulusan SPNB berjalan dengan baik. Kerajaan Tempatan memainkan peranan penting untuk memastikan kerjasama ini berterusan," katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau turut meminta kerajaan Selangor supaya menimbangkan penyediaan tanah bagi SPNB membina rumah di negeri itu dalam usaha memastikan harga jualan rumah dapat dikurangkan memandangkan 30 peratus daripada harga rumah ditentukan faktor harga tanah.
Terdahulu, Abd Latiff merasmikan majlis cabutan undian projek Rumah Pertama Rakyat Alam Prima Fasa 2, Shah Alam di sini yang menawarkan 646 unit pangsapuri dengan harga permulaan dari RM226,000 hingga RM412,000.
Seramai 11,000 orang mendaftar dengan SPNB untuk membeli rumah berkenaan dengan pemilihan dilakukan melalui cabutan undi.
Sementara itu, Presiden SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh dalam ucapannya berkata SPNB telah berjaya membina 71,000 buah rumah terbengkalai di seluruh negara sejak ia diperkenalkan.
Beliau berkata sebanyak 23,000 unit Rumah Mesra Rakyat juga telah dibina di seluruh negara.
"SPNB juga akan memperkenalkan program baharu bagi membantu menangani permintaan rumah yang tinggi dan dijangka akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Belanjawan 2014," katanya.
Dalam perkembangan lain, Abd Latiff yang merupakan anggota Parlimen Mersing dan penyandang Majlis Tertinggi Umno berkata peluang semua calon dalam pemilihan jawatan itu yang akan berlangsung esok adalah sama rata.
"Saya juga sama dengan calon lain, mengalami perasaan yang sama kerana ini pertama kali pemilihan seperti ini diadakan," katanya yang mengenakan jersi merah bernombor 33 sebagai simbolik nombor pencalonannya bagi jawatan Majlis Tertinggi UMNO.
Bernama
Fri Oct 18 2013
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
SPNB bina hampir 2,000 unit rumah di Selangor
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bakal membina dua lagi projek membabitkan 1,885 unit di bawah program Rumah Pertama Rakyat di Selangor dalam tempoh terdekat.