KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Dis tahun ini hingga 7 Mac 2024.
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini memaklumkan Ujian Amali Sains dijadual pada 5 hingga 7 Dis, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Melayu pada 8 hingga 11 Jan manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 17 hingga 23 Jan, tahun depan.
Ia diikuti Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada 29 Jan seterusnya Ujian Bertulis dijadual pada 30 Jan hingga 7 Mac.
"Jadual waktu peperiksaan SPM Tahun 2023 mengambil kira setiap perkara termasuk jumlah hari persekolahan serta Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri.
"Sila layari laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan http://lp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan muat turun Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023," menurut kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Dis tahun ini hingga 7 Mac 2024. - Gambar fail/BERNAMA

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

SPM 2023 bermula 5 Dis hingga 7 Mac 2024 - KPM
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan bermula pada 5 Dis tahun ini hingga 7 Mac 2024.