KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengalu-alukan kerjasama dengan Kemboja dan negara anggota ASEAN yang lain untuk meneroka inisiatif membangunkan ekosistem tenaga boleh diperbaharui di rantau ini.
Parlimen Malaysia dalam kenyataan semalam memaklumkan, usaha itu termasuk menggalakkan perkongsian pengetahuan, pembinaan kapasiti dan bantuan teknikal; mengambil kira perkembangan negara ASEAN yang semakin membangun dan kadar permintaan terhadap keperluan sumber tenaga yang kian meningkat.
Perkara itu dibincangkan menerusi pertemuan empat mata antara beliau dengan Presiden Perhimpunan Kebangsaan Kerajaan Kemboja Heng Samrin di Phnom Penh, bersempena dengan lawatan rasmi Johari ke negara itu dari 20 hingga 24 Julai ini.
"Heng Samrin turut menyambut baik cadangan Johari agar negara anggota ASEAN menumpukan usaha untuk menjalin kerjasama strategik dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan keterjaminan makanan demi pembangunan serantau yang makmur dan dinamik," menurut kenyataan itu di sini.
Kenyataan itu memberitahu perbincangan berkenaan juga meneroka peluang untuk meningkatkan kerjasama saintifik antara negara anggota ASEAN bagi mendepani cabaran keterjaminan makanan yang dihadapi oleh komuniti di rantau itu.
Heng Samrin juga bersependapat bahawa kerjasama antara badan perundangan Malaysia dan Kemboja perlu diperkukuh melalui kerangka Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) dan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) melalui pertukaran pengetahuan serta perbincangan kepentingan bersama termasuk pembangunan prosedur legislatif yang berterusan.
Lawatan rasmi itu dibuat atas jemputan kerajaan Kemboja, sebagai pemerhati antarabangsa Pilihan Raya Kebangsaan yang akan diadakan di negara itu hari ini.
Dalam kerangka lawatan kerja tersebut, Johari telah mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen untuk membincangkan sinergi kerjasama antara ASEAN dengan negara lain dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan keterjaminan bekalan makanan serantau.
Selain itu, Johari turut bertemu Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam Datuk Dr Othsman Hassan untuk membincangkan usaha memperluas gandingan kerjasama pembangunan komuniti Islam Malaysia-Kemboja.
Dalam pada itu, beliau dijadual menghadap Raja Kemboja Norodom Sihamoni dalam satu pertemuan khas di Phnom Penh pada Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Johari mengalu-alukan kerjasama dengan Kemboja dan negara anggota ASEAN yang lain untuk meneroka inisiatif membangunkan ekosistem tenaga boleh diperbaharui di rantau ini. - Gambar fail BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit mencatat pemulihan kukuh apabila ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan kenaikan harga komoditi dan bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah.
Prabowo demam, mohon pertemuan dengan Anwar ditangguh
Anwar menerusi perkongsian di laman media sosialnya berkata, Prabowo memohon untuk menangguhkan pertemuan tersebut kerana mengalami demam.
Malaysia akan sesuaikan diri dengan era Trump, kata Anwar
Anwar menegaskan kepentingan AS sebagai pelabur kumulatif utama Malaysia, di samping kuasa besar global lain seperti China dan Jerman.
PM Anwar seru kebangkitan kedua ASEAN untuk bentuk masa depan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa era transformatif bagi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ketika Malaysia bersedia untuk memegang jawatan pengerusi blok itu pada 2025.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, merupakan hari dagangan ketujuh berturut-turut mencatatkan penurunan.
MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.
MCS 2024: Komitmen Malaysia terhadap kerjasama melangkaui hubungan dua hala
Malaysia menyatakan komitmen terhadap keterbukaan dan kerjasama melangkaui hubungan dua hala termasuk mengalu-alukan lebih banyak perniagaan, idea, dan bakat ke negara ini.
Pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi disifatkan sebagai jambatan penghubung ASEAN - Mohamad
Thaksin Shinawatra yang berpengaruh di Thailand, juga dikenali sebagai figura yang diterima baik oleh Amerika Syarikat dan mempunyai hubungan rapat dengan China.
Ringgit ditutup sedikit rendah menjelang menyuarat dua hari FED bermula esok
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin.