KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), akan menjalankan kerja pengosongan tangki septik di Pulau Perhentian, bagi menangani masalah pencemaran yang berkemungkinan daripada sisa kumbahan di pulau peranginan tersebut.
Pengarah Kanan Bahagian Operasi Wilayah SPAN Ir Mohd Jalaludin Sulaiman berkata perkhidmatan yang merangkumi kerja-kerja nyahcerap cemar bagi kira-kira 500 premis termasuk pejabat agensi kerajaan, resort dan dan rumah inap itu, membabitkan kos sebanyak RM3 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.
"Tinjauan yang dijalankan SPAN dan IWK mendapati beberapa lokasi di Pulau Perhentian (Kecil dan Besar) telah dikategorikan sebagai risiko besar dengan pencemaran tertumpu di 'Long Beach'.
"Persampelan dibuat ke atas sumber bekalan air dari operator bekalan air serta air telaga dan hasil persampelan mendapati terdapat bakteria Escherichia Coli (E-Coli) yang dikesan daripada sampel air telaga yang digunakan oleh peniaga-peniaga makanan di sepanjang pantai.
"Tinjauan juga mendapati premis-premis yang menggunakan tangki septik di Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil tidak pernah melakukan sebarang pengosongan tangki septik, atau rawatan kepada sisa kumbahan sebelum dilepaskan ke pantai," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Jalaludin berkata sisa kumbahan hendaklah dilupuskan dengan cara yang selamat supaya dapat mengelak berlakunya penyebaran penyakit bawaan air yang amat berbahaya kepada manusia.
Sehubungan itu beliau berkata selaras dengan pewartaan Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Perkhidmatan Nyahenap Cemar) pada tahun lepas, yang mewajibkan penyelenggaraan dan pengosongan tangki septik secara berkala, kepada semua pemilik atau pengguna tangki septik, IWK akan mengembangkan perkhidmatan ke Pulau Perhentian untuk menguruskan penjadualan nyahenap cemar ke atas premis-premis yang mengunakan tangki septik individu, dengan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengguna.
"Kos bagi menjalankan kerja-kerja menyahenap cemar di pulau-pulau kecil seperti di sini adalah besar, kerana kedudukan pulau yang tidak mempunyai kemudahan moden bagi merawat enap cemar.
"Dengan persetujuan Kementerian Alam Sekitar dan Air, kos bagi membiayai perkhidmatan nyahenap cemar secara one- off ini akan ditanggung Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan khas. Namun, selepas ini ia akan menjadi tanggungjawab pemilik tangki septik, sebagaimana pemilik tangki septik di tempat lain, untuk membiayai kos perkhidmatan ini seperti mana pembayaran bil utiliti yang lain," katanya.
Sementara itu dalam kenyataan sama, Ketua Unit Perniagaan Nyahenap Cemar IWK Pauzi Mohamed berkata IWK akan melaksanakan perkhidmatan pengosongan tangki septik secara berkala di pulau tersebut, mulai suku pertama tahun 2023 setelah menyiapkan kemudahan rawatan enap cemar.
Baru-baru ini dilaporkan sekumpulan 40 orang pelancong terdiri daripada 27 dewasa dan 13 kanak-kanak yang bercuti tiga malam ke Pulau Perhentian Kecil jatuh sakit, selepas berenang di perairan pulau itu.
Sebahagian daripada mereka dilaporkan mengalami cirit-birit serta demam panas sejurus selepas pulang, selain beberapa orang dimasukkan ke hospital, manakala seorang kanak-kanak berusia setahun disahkan menghidap kepialu dan dua lagi kanak-kanak mengalami keracunan darah.
Sebelum itu pada Jun lepas turut dilaporkan, enam sekawan mendakwa mereka mengalami keracunan makanan selepas berenang di perairan yang dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan yang tidak dirawat di Pulau Perhentian Kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
IWK akan melaksanakan perkhidmatan pengosongan tangki septik secara berkala di Pulau Perhentian mulai suku pertama tahun 2023. - Foto Facebook/Kampung Nelayan Pulau Perhentian Kecil
Amerika sekat waran tangkap ICJ buat Netanyahu
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada Khamis secara majoritinya bersetuju untuk menyekat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu serta bekas menteri pertahanannya atas jenayah perang di Gaza. Ia dilaksanakan dalam proses undian di Dewan Perwakilan yang menyaksikan sebanyak 243 berbalas 140 menyokong tindakan untuk membenarkan ICJ melaksanakan waran tangkap terhadap pemimpin rejim zionis berkenaan.
Romi, robot khas tangani depresi
Syarikat teknologi Amerika Syarikat, Nevada by Mixi Incorporation memperkenalkan rekaan robot yang berfungsi untuk menangani masalah kemurungan atau depresi. Robot yang dikenali sebagai Romi Lacatan itu mempunyai multi-fungsi yang dicipta khas dengan menggabungkan elemen dalam rumah memastikan ia berkomunikasi menggunakan empati serta berkomunikasi secara semula jadi.
China berhubung rapat dengan WHO
Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Guo Jiakun, berkata, Kerajaan China memandang serius kesihatan rakyat dan warga asing di negara itu.
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
PETRA Skuad: Melaka jadi lokasi pertama jelajah transformasi tenaga dan air
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memulakan siri jelajah sulungnya, PETRA Skuad Zon Selatan, dengan Melaka menjadi lokasi pertama yang disinggahi.
SPAN tubuh jawatankuasa khas bekalan air Perlis
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Bekalan Air Negeri Perlis bagi menjamin kelangsungan dan keselamatan bekalan air di negeri itu.
SPAN serbu sebuah premis disyaki curi air di Pantai Remis
SPAN menyerbu sebuah premis selepas didapati melakukan penyambungan bekalan air secara haram dalam operasi khas dilaksanakan sekitar Pantai Remis dekat Lumut sejak 23 Sept hingga hari ini.
SPAN serbu bengkel kimpalan curi air di Negeri Sembilan
Sebuah premis bengkel kimpalan dikesan melakukan sambungan bekalan air tidak sah melibatkan implikasi kerugian terhadap Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) kira-kira RM30,000 di Ulu Beranang.
Curi air: SPAN serbu dua tapak pembinaan landasan kereta api
SPAN menyerbu dua lokasi tapak pembinaan landasan kereta api di Taman Melati, Gombak dan Serendah, Hulu Selangor, yang dikesan mencuri air.
SPAN tubuh Jawatankuasa Khas teliti insiden gangguan bekalan air berpunca pencemaran
SPAN akan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti insiden-insiden gangguan perkhidmatan air yang berpunca daripada pencemaran.
Projek naik taraf 636 loji rawatan kumbahan berada pada tahap 98.5 peratus - SPAN
Status terkini itu hasil langkah segera diambil bersama IWK bagi menangani isu kelewatan serta menyegerakan kemajuan kerja.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.