Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan memperhebatkan operasi dan penguatkuasaan sehingga menjelang musim perayaan bagi memastikan pengusaha pengangkutan awam mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata pengusaha pengangkutan awam perlu mematuhi beberapa aspek merangkumi faktor keselamatan serta harga tambang bas.
"Pada musim perayaan ini, pengangkutan seperti bas dan teksi menjadi pilihan pengguna. Kita akan pertingkatkan serta memperluaskan lagi operasi ini di negeri-negeri yang lain di samping memastikan harga tambang pengangkutan awam tidak dinaikkan sewenang-wenangnya," katanya kepada pemberita, di sini.
Menurutnya pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha mahupun pemandu yang dikesan melakukan perbuatan terbabit dan tindakan tegas akan dikenakan.
Jelasnya SPAD turut bekerjasama dengan beberapa agensi yang lain termasuk Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan para pemandu bas tidak berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol ketika menjalankan tugas.
"Ujian air kencing akan dilakukan kepada pemandu bas memastikan mereka bebas daripada sebarang bahan terlarang. (Ini kerana)..mereka membawa nyawa berpuluh penumpang," katanya.
Che Hasni berkata pemeriksaan di terminal bas juga turut dilaksanakan selain rondaan di jalan raya termasuk di laluan Lebuhraya Pantai Timur.
Katanya SPAD turut melaksanakan Op penyamaran bagi mengesan dan mengambil tindakan ke atas para pemandu yang melakukan kesalahan.
Sementara itu, beliau berkata pengusaha bas tambahan juga perlu mendapatkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk menjalankan perkhidmatan itu pada musim perayaan ini.
Beliau berkata pada kebiasaannya, pada musim perayaan sebanyak 500 hingga 1,000 permohonan LPS diterima di seluruh negara membabitkan kesemua destinasi.
"Permohonan itu bergantung kepada keperluan semasa dan kita yakin ia mencukupi untuk membawa orang ramai ke destinasi masing-masing," katanya.
Bernama
Sat Jun 18 2016
SPAD tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha mahupun pemandu yang dikesan melakukan perbuatan terbabit dan tindakan tegas akan dikenakan. - Foto BERNAMA
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
MOTAC lantik 11 individu anggotai MAKEN sesi 2025/2027
Sebanyak 11 individu daripada pelbagai latar belakang telah dilantik menganggotai Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) bagi sesi 2025/2027.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), kesemua individu berkenaan adalah daripada kalangan ilmuwan, budayawan, penggiat dan pentadbir seni budaya yang berpengalaman luas serta telah menunjukkan ketokohan besar dalam menerajui bidang seni, budaya dan warisan negara.
Peka apabila kanak-kanak lapor diganggu secara seksual
Masyarakat disaran tidak menghakimi agar kanak-kanak berupaya melaporkan kes gangguan seksual ke atas mereka meskipun melibatkan ahli keluarga sendiri.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Menurut jurucakap Children’s Protection Society, Tengku Yasmin Nastasha tindakan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak.
Isu pintu sempadan: Imigresen sedia buka kaunter lebih awal
Jabatan Imigresen Malaysia sedia untuk melaksanakan keputusan kerajaan berhubung isu pelajar merentas Sungai Golok menggunakan laluan haram untuk bersekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.
KPDN laksana pemantauan pastikan peniaga patuh SHMMP Deepavali 2024
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan pemantauan bagi memastikan peniaga mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024, yang berkuat kuasa tu
Parlimen: Beli tiket penerbangan seawal mungkin untuk harga lebih murah - Hasbi
Syarikat penerbangan bersetuju menambah kapasiti penerbangan dari semasa ke semasa sebagai usaha menangani masalah harga tiket yang tinggi ketika musim puncak.
KPDN terima laporan harga rempah ratus naik menjelang Deepavali
Armizan berkata, bagaimanapun berkata, melalui hasil semakan pihak Kementerian, ia tidak melibatkan semua barangan yang dimaklumkan PHA.
Bekalan ayam belanda musim perayaan dijangka stabil - DVS
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan tiada wabak penyakit berlaku dalam pengeluaran ayam belanda dan bekalan negara sempena musim perayaan dijangka stabil.
Melaka cadang wujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan libatkan tiga negeri
Kerajaan Melaka bercadang mewujudkan Koridor Ekonomi Anjung Selatan melibatkan tiga negeri termasuk Negeri Sembilan dan Johor yang akan memberi manfaat dalam pelbagai aspek kepada negeri berkenaan.
Aidiladha: Warga kota pilih bas pulang ke kampung kerana kos murah, dapat rehat
Warga kota memilih menggunakan bas untuk pulang ke kampung halaman kerana harga tambang yang lebih murah dan mempunyai masa yang lebih panjang untuk berehat berbanding memandu kenderaan sendiri.
Jajaran Seksyen 7 WCE siap Mac 2026 - Nanta
Pembinaan Jajaran Tanjong Karang-Assam Jawa di Seksyen 7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) telah mencapai tahap 71 peratus, dan dijanga siap pada Mac 2026.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.