Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memulakan proses penggantungan lesen serta 26 permit bas yang dipegang oleh Qistna Express Sdn Bhd.
Ia ekoran kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut pada 10 Julai 2016 lalu di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora.
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata pihaknya telah memulakan tindakan itu akibat pelanggaran syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016.
Tindakan ini diambil sementara menunggu hasil siasatan dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) yang sedang dijalankan, menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Tindakan terhadap Qistna Express itu juga diharap menjadi peringatan tegas kepada pengendali bas ekspres untuk memastikan pematuhan Kod Amalan Industri (ICOP) SPAD dalam mengutamakan keselamatan pengguna, kata kenyataan itu lagi.
SPAD turut memberi jaminan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk memastikan pengendali bas mengoperasikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan mematuhi segala peraturan lalu lintas dan keselamatan jalan raya.
Astro Awani
Wed Jul 13 2016

Ia ekoran kemalangan yang melibatkan bas syarikat tersebut pada 10 Julai 2016 lalu di Km265.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora.
Versa kumpul RM30 juta untuk kembang simpanan, platform pelaburan
Dana terbaru Versa diperoleh melalui pusingan pelaburan siri a - pusingan pembiayaan peringkat awal yang direka untuk membantu syarikat pemula mempercepatkan pertumbuhan.
Perdagangan Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion
Jumlah dagangan mencatat pertumbuhan berterusan 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion, didorong oleh peningkatan eksport (+6.2 peratus) kepada RM118.3 bilion dan import (+5.5 peratus) kepada RM105.6 bilion.
Label SIRIM pada semua minyak enjin bermula 7 April
Semua produk enjin kenderaan yang dijual di pasaran perlu mempunyai label pematuhan diperakukan oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan (SIRIM) bermula 7 April.
Farm Fresh meriahkan raya dengan ‘Bawa Balik Yang Itu’
Syarikat tenusu nombor satu tempatan, Farm Fresh mencipta kelainan menerusi iklan raya 'Bawa Balik Yang itu' mengisahkan seorang anak muda yang berusaha memenuhi permintaan ibunya untuk menyempurnakan hari raya mereka.

Bonus raya, cuti tambahan penjawat awam Kelantan ditentukan minggu depan
Keputusan mengenai pemberian bonus raya dan cuti tambahan kepada penjawat awam di Kelantan akan diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu depan.
Syarikat, ahli korporat sumbang RM1.96 juta kepada anggota ATM
Sumbangan kewangan yang diterima adalah sebanyak RM1,777,500 manakala nilai barangan RM178,920, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM1,956,429.
DBKL ada tanggungjawab sosial lindungi kepentingan kuil
Pengurusan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman menegaskan kuil itu perlu kekal di atas tapak kerana usianya yang sudah menjangkau 130 tahun, serta berfungsi sebagai pusat kebudayaan selain rumah ibadat.
Ops Bersih Ramadan: Wujud sindiket seludup pengemis warga Thailand ke Kelantan
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang membawa masuk pengemis dari Thailand untuk mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.

FAMA tingkat hingga 40 peratus bekalan kelapa, tampung keperluan menjelang Aidilfitri
Usaha itu antara langkah proaktif FAMA dalam memastikan kecukupan bekalan untuk kegunaan domestik pada musim perayaan.

Populasi Australia meningkat 1.8 peratus dalam setahun
Jumlah penduduk negara itu mencapai 27.3 juta pada 30 September tahun lalu, meningkat sebanyak 484,000 orang berbanding tempoh yang sama pada 2023.

SPAD mulakan proses penggantungan terhadap Qistna Express
Tindakan diambil akibat pelanggaran syarat keselamatan mandatori berdasarkan laporan audit SPAD terhadap syarikat tersebut bertarikh 12 Julai 2016.