PUTRAJAYA: Pihak berkuasa akan menjalankan Operasi Patuh (Op Patuh) secara besar-besaran dan bersepadu esok, dengan tumpuan ke atas negeri-negeri yang masih mencatatkan jangkitan harian COVID-19 yang tinggi seperti Selangor dan Kuala Lumpur, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata operasi itu yang melibatkan semua agensi berkaitan dan diketuai oleh ketua polis daerah, akan menyasarkan kawasan perindustrian termasuk tempat penginapan pekerja yang berisiko tinggi berdasarkan pemetaan yang dibuat sebelum ini.
"Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar SOP serta arahan kerajaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan akta-akta sedia ada yang lain," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Penguatkuasaan dan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 (JKPS).
Beliau berkata majikan yang didapati melanggar SOP Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara akan diambil tindakan tegas.
Ini kerana menurut Hamzah pihak berkuasa menerima maklumat ada majikan tidak melaksanakan kuarantin ke atas pekerja yang menjadi kontak kepada kes positif.
BACA: PKPD di 14 lokaliti Kuala Lumpur, 8 daerah dan 34 mukim di Selangor mulai 3 Julai
BACA: Op Patuh di seluruh negara bermula Khamis - Hamzah
"Banyak tangkapan di Selangor dan Kuala Lumpur ini, apabila kita tanyakan, sesetengah daripada pekerja ini maklumkan kepada kita kawan dia dah kena COVID-19 tetapi yang lain tidak dikuarantin.
"Semua maklumat ini kita ambil dan kita buat esok dan kita tangkap dengan majikan sekali kerana bukan hanya telah melakukan kesalahan tetapi mereka benar-benar menzalimi pekerja-pekerja mereka," katanya.
Mengulas lanjut mengenai Op Patuh besar-besaran itu, Hamzah berkata pihak berkuasa akan menggerakkan aset strategik seperti helikopter dan dron serta mengadakan sekatan jalan raya bergerak bagi mengelakkan pekerja melarikan diri.
"Selalunya bila kita masuk pintu depan, dia (pekerja) akan keluar ikut pintu belakang. Jadi dengan adanya helikopter dan dron ini kita dapat melihat keseluruhan kawasan berkenaan," katanya.
Mengenai Op Patuh dalam tempoh 25 hingga 30 Jun lepas, beliau berkata sebanyak 126,207 premis seperti kilang, asrama pekerja dan premis perniagaan telah diperiksa.
Hasil pemeriksaan tersebut, sebanyak 602 kompaun telah dikeluarkan terhadap kilang dan premis, manakala 60 premis telah diarahkan tutup, katanya.
Dalam tempoh 1 hingga 28 Jun lepas pula, seramai 744 pendatang tanpa izin ditahan melalui 169 operasi di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 01 2021
![SOP COVID-19: Op Patuh besar-besaran esok - Hamzah Zainudin SOP COVID-19: Op Patuh besar-besaran esok - Hamzah Zainudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625144269_DatukSeriHamzahZa.jpg)
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin semasa sidang media rangkuman operasi pemantauan Prosedur Operasi Standarad (SOP) pelaksanaan penutupan pergerakan penuh di Kementerian Dalam Negeri hari ini. - BERNAMA
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![Op Patuh: Lebih 1,100 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya - JPJ Op Patuh: Lebih 1,100 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682031671_JPJ.jpg)
Op Patuh: Lebih 1,100 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya - JPJ
Antara kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya ialah tidak mempunyai lesen memandu.
![Op Patuh: 16 kompaun dikeluarkan seluruh Kedah Op Patuh: 16 kompaun dikeluarkan seluruh Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625267335_kompaun.jpg)
Op Patuh: 16 kompaun dikeluarkan seluruh Kedah
Sebanyak 299 buah kilang dan 60 pekerja telah diperiksa dan 16 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
![Op Patuh bermula hari ini, fokus kawasan perindustrian Op Patuh bermula hari ini, fokus kawasan perindustrian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625221785_kilangkompaun.jpg)
Op Patuh bermula hari ini, fokus kawasan perindustrian
Operasi Patuh (Op Patuh) yang dilaksanakan secara besar-besaran mulai hari ini memberi fokus kepada kawasan perindustrian di seluruh negara.
![SOP COVID-19: Op Patuh besar-besaran esok - Hamzah Zainudin SOP COVID-19: Op Patuh besar-besaran esok - Hamzah Zainudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51625144269_DatukSeriHamzahZa.jpg)
SOP COVID-19: Op Patuh besar-besaran esok - Hamzah Zainudin
Pihak berkuasa akan menjalankan Operasi Patuh (Op Patuh) secara besar-besaran dan bersepadu esok.
![Op Patuh: 229 pekerja asing ditahan, kilang dikompaun RM30,000 Op Patuh: 229 pekerja asing ditahan, kilang dikompaun RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51625052265_tahanspareparts.jpg)
Op Patuh: 229 pekerja asing ditahan, kilang dikompaun RM30,000
Kilang tersebut turut di kenakan tindakan kompaun oleh PDRM sebanyak RM10,000 kerana melanggar SOP PKP dan oleh JTK sebanyak RM20,000 kerana gagal mematuhi SOP PKP bagi pengurusan tempat kerja.
![Op Patuh di seluruh negara bermula Khamis - Hamzah Op Patuh di seluruh negara bermula Khamis - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624965979_HamzahtinjauPKP.jpg)
Op Patuh di seluruh negara bermula Khamis - Hamzah
Menteri Dalam Negeri berkata operasi berkenaan bakal dilaksanakan secara bersepadu melibatkan 21 kementerian yang akan bekerjasama dengan KDN.
![Sembunyi dalam kotak ikan, longkang elak ditahan imigresen Sembunyi dalam kotak ikan, longkang elak ditahan imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624671189_TBOPERASIBORONG.jpg)
Sembunyi dalam kotak ikan, longkang elak ditahan imigresen
Kesemua warga asing berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
![Kerajaan lancar OP Patuh banteras ketidakpatuhan SOP PKP - Hamzah Kerajaan lancar OP Patuh banteras ketidakpatuhan SOP PKP - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51622457663_PASIRPUTEHSJR.jpg)
Kerajaan lancar OP Patuh banteras ketidakpatuhan SOP PKP - Hamzah
Kerajaan akan melaksanakan Op Patuh bagi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat nasional.