ALOR SETAR: Sebanyak 16 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa Op Patuh di seluruh Kedah pada Jumaat.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, antara kesalahan yang dikesan adalah pekerja melebihi 60 peratus yang dibenarkan, majikan tidak menyediakan tanda penjarakan fizikal satu meter, kantin di kilang beroperasi secara dine-in, tidak memakai pelitup muka dan tidak mendaftar masuk aplikasi MySejahtera.
Menurutnya, seramai 332 anggota polis dan 50 anggota Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kedah (JKKP), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan beberapa agensi lagi menyertai operasi tersebut.
"Pada hari ini sahaja, sebanyak 299 buah kilang dan 60 pekerja telah diperiksa dan 16 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Operasi dibuat bagi memastikan Akta 446 Pindaan 2019 dipatuhi dan tiada perlanggaran SOP PPN," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan turut dibuat ke atas kehadiran petugas sektor pembuatan agar kapasiti 60 peratus pekerja dipatuhi selaras dengan Peraturan 16 PU(A) 243/2021 Akta 342.
Menurutnya, Polis Kedah akan meneruskan Op Patuh lebih menyeluruh bagi memastikan SOP PPN dipatuhi pihak berkaitan di seluruh negeri ini.
Artikel asal di Sinar Harian: Op Patuh: 16 kompaun dikeluarkan seluruh Kedah
Sinar Harian
Fri Jul 02 2021
Anggota polis melaksanakan Op Patuh di sebuah kilang, pada Jumaat. -Foto Ihsan PDRM Padang Terap/Sinar Harian
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: ‘Sebelum bencana kami tidak kenal istilah tsunami’ - Mangsa
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Weu Raya Loknga, Lahmujdin Harun berkata sebelum bencana ngeri tsunami pada 2004 di Aceh, penduduk tidak kenal dengan istilah ‘tsunami’. Sebaliknya, generasi di kota berkenaan hanya mengenali bencana bah besar dengan nama ‘air bena’ yang tidak separah ombak yang melanda dua dekad lalu itu. #AgendaAWANI
Tsunami 20 tahun: Hikmah 59 mangsa berlindung dalam kapal atas rumah
Mangsa Tsunami 2004 dan penduduk Desa Lampulo, Nilawati berkata 59 mangsa tsunami yang berlindung dalam Kapal Ampung Lampulo semasa bencana tsunami di Aceh pada 2004 yang lalu meninggalkan hikmah yang sangat mendalam. Jelasnya, kebergantungan tidak berbelah bahagi kepada tuhan membuka rezeki diselamatkan daripada ombak dahsyat berkenaan. #AgendaAWANI
Dua ditemukan lemas ketika mandi di Papar
Seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak lelaki 12 tahun berjaya diselamatkan orang ramai dalam kejadian tersebut.
Tentera Israel ceroboh selatan Lubnan
Tentera Israel memasuki kawasan Wadi al-Hujeir sambil melepaskan tembakan menggunakan mesingan berkaliber besar.
10 Berita Pilihan - (26 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Gempur Teknikal | Sebat di Khalayak Awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight 26 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
1. MACC to focus on grand corruption, national asset recovery in 2025
2. Thousands mark 20 years since deadly tsunami
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Thousands mark 20 years since deadly tsunami
Survivors and families of victims across countries gathered on Thursday to mark the 20th anniversary of the deadly tsunami that killed over 230,000 people.
Op Patuh: Lebih 1,100 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya - JPJ
Antara kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya ialah tidak mempunyai lesen memandu.
Op Patuh: 16 kompaun dikeluarkan seluruh Kedah
Sebanyak 299 buah kilang dan 60 pekerja telah diperiksa dan 16 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
Op Patuh bermula hari ini, fokus kawasan perindustrian
Operasi Patuh (Op Patuh) yang dilaksanakan secara besar-besaran mulai hari ini memberi fokus kepada kawasan perindustrian di seluruh negara.
SOP COVID-19: Op Patuh besar-besaran esok - Hamzah Zainudin
Pihak berkuasa akan menjalankan Operasi Patuh (Op Patuh) secara besar-besaran dan bersepadu esok.
Op Patuh: 229 pekerja asing ditahan, kilang dikompaun RM30,000
Kilang tersebut turut di kenakan tindakan kompaun oleh PDRM sebanyak RM10,000 kerana melanggar SOP PKP dan oleh JTK sebanyak RM20,000 kerana gagal mematuhi SOP PKP bagi pengurusan tempat kerja.
Op Patuh di seluruh negara bermula Khamis - Hamzah
Menteri Dalam Negeri berkata operasi berkenaan bakal dilaksanakan secara bersepadu melibatkan 21 kementerian yang akan bekerjasama dengan KDN.
Sembunyi dalam kotak ikan, longkang elak ditahan imigresen
Kesemua warga asing berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Kerajaan lancar OP Patuh banteras ketidakpatuhan SOP PKP - Hamzah
Kerajaan akan melaksanakan Op Patuh bagi membanteras ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di peringkat nasional.