INSIDEN Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan sepasang suami isteri dalam satu operasi khalwat baru-baru ini, walaupun setelah pasangan itu menunjukkan gambar sijil nikah mereka, mencetus kemarahan netizen di media sosial.

Menerusi hashtag #JAWI, netizen mendesak mangsa dalam kes itu memfailkan saman dan pegawai penguatkuasa yang terlibat memohon maaf kepada Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26.




Menurut netizen, menahan sepasang suami isteri walaupun selepas mereka menunjukkan bukti adalah satu tindakan penyalahgunaan kuasa.


Menyifatkan insiden itu sebagai ‘keterlaluan’, mereka turut menyoal kewarasan pegawai JAWI untuk meyerbu bilik mereka dan merakam gambar Siti Sarah yang tidak berpakaian lengkap.

Malah, ada yang meminta JAWI untuk mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) jika itu adalah alasan untuk merakam gambar wanita yang tidak berpakaian lengkap.








Pada 8 Januari lalu, tujuh penguatkuasa lelaki dan seorang penguatkuasa wanita menyerbu hotel penginapan Ridhuan dan isterinya serta menahan mereka walaupun diberitahu telah berkahwin secara sah hampir tiga tahun lalu.

Mereka kemudian dibawa ke JAWI dan dikurung di bilik berasingan.

Pasangan itu kini memfailkan saman terhadap JAWI.