KUALA LUMPUR: Ramadan tahun ini pastinya lebih bermakna buat umat Islam di seluruh negara selepas mereka dibenar menunaikan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau tanpa penjarakan fizikal mulai malam ini.
Perkara itu selaras dengan Fasa Peralihan ke Endemik, yang berkuat kuasa semalam, selepas lebih dua tahun berdepan cabaran pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelbagai kawalan dan kekangan dilaksanakan termasuk pengenalan amalan penjarakan fizikal di rumah ibadat.
Kelonggaran menunaikan solat tarawih tanpa penjarakan fizikal nyata telah mengembalikan 'aura' Ramadan yang tidak dapat dinikmati pada tahun-tahun sebelum ini dengan rata-rata jemaah di seluruh negara amat menantikan detik itu.
Ruang solat di Masjid Jamek Kampung Baru yang berkapasiti 3,000 orang tanpa penjarakan fizikal dipenuhi jemaah yang menunaikan solat tarawih malam ini manakala di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad pula kelihatan jemaah warga asing turut tidak melepaskan peluang untuk menunaikan ibadah itu.
Di PERAK, pekerja swasta Aliff Nor Mukhriz, 53, berasa sebak apabila berpeluang solat di masjid tanpa penjarakan fizikal kerana kemanisan itu dapat dirasai semula seperti menyambut bulan Ramadan sebelum pandemik COVID-19.
Pengerusi Masjid Jamek Klebang Restu di Ipoh Mohd Khir Napiah berkata meskipun menyambut baik kelonggaran itu, pada masa sama pihak masjid akan memastikan semua jemaah mematuhi SOP selain menetapkan makanan untuk berbuka puasa disediakan secara berbungkus.
Di PAHANG, kakitangan awam Shazli Sufi Che Unik, 33, tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat tarawih malam ini bersama keluarga di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Perkampungan Cenderawasih, Kuantan.
"Tahun sebelum ini, saya dan keluarga solat di rumah sahaja tapi kali ini kami teruja untuk ke masjid bersama-sama mengimarahkan Ramadan namun saya berharap jemaah sentiasa mengenakan pelitup muka dengan betul bagi mengekang jangkitan COVID-19," katanya.
Di Masjid Arau PERLIS, seorang jemaah Aiman Haikal Nasiruddin, 39, berkata walaupun terdapat kelonggaran, beliau sentiasa mengingatkan keluarganya untuk terus memakai pelitup muka dan cecair pembasmi kuman sewaktu menunaikan solat tarawih di masjid bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.
Tinjauan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, SABAH pula mendapati kira-kira 2,000 jemaah menunaikan solat tarawih malam ini dan pihak masjid turut membuat pengumuman tentang SOP yang perlu dipatuhi sebelum solat bermula.
Bagaimanapun, pesara kerani sebuah agensi kerajaan Md Idrus Rahmat, 63, sedikit terkilan kerana masjid itu, yang boleh memuatkan 12,000 orang, tidak penuh malam ini serta berharap esok dan hari seterusnya lebih ramai jemaah datang terutama golongan muda.
Di PUTRAJAYA, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menerima kira-kira 1,500 jemaah dari kawasan sekitar dan solat tarawih malam ini dipimpin oleh Imam dari Algeria Syeikh Mohamed Chourana.
Ketua Unit Komunikasi Korporat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Mohd Hisyarullil Md Husain berkata setiap hari, tujuh pegawai dan kakitangan masjid yang bertugas akan memastikan jemaah mematuhi SOP ditetapkan semasa menunaikan solat tarawih.
Tinjauan di Masjid Mukim Kenor di Kuala Krai, KELANTAN pula mendapati kira-kira 300 jemaah hadir menunaikan solat tarawih dengan mematuhi SOP ditetapkan meskipun hujan lebat sejak petang.
Di TERENGGANU, Ahli Jawatankuasa Penerangan dan Multimedia Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng, Kuala Terengganu Fariq Awi berkata kira-kira 1,000 jemaah menunaikan solat tarawih malam ini yang dipimpin oleh enam imam secara bergilir-gilir manakala Masjid Raudhatul Jannah di MELAKA menerima hampir 1,000 jemaah pada malam Ramadan pertama ini.
Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 600 jemaah memenuhi pekarangan Masjid Negeri di Seremban untuk menunaikan solat isyak dan tarawih yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri Dr Muhammad Yusry Mazlan.
Di Masjid Abdullah Fahim di Kepala Batas, PULAU PINANG pula menyaksikan ibu bapa membawa anak masing-masing untuk menunaikan solat tarawih selepas negeri itu membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 hadir bersama penjaga yang telah lengkap vaksinasi untuk solat berjemaah di masjid atau surau.
Di Masjid Setia Alam di Shah Alam, SELANGOR, jemaah mula memenuhi ruang solat sekitar 8.30 malam untuk menunaikan solat isyak seterusnya solat tarawih manakala di Masjid Zahir di Alor Setar, KEDAH terdapat jemaah yang hadir seawal 7 malam bagi menunaikan solat maghrib terlebih dahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
Kelonggaran menunaikan solat tarawih tanpa penjarakan fizikal nyata telah mengembalikan 'aura' Ramadan yang tidak dapat dinikmati pada tahun-tahun sebelum ini. - Gambar/ Bernama
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Anjung Syawal FRP 2025: Kembali dengan keunikan gabungan tradisi, moden
Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025, bakal kembali untuk tahun ke-13 dengan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Ramadan tahun ini.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.