KUALA LUMPUR: Pengiktirafan dan sokongan sekutu antarabangsa yang diterima negara dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 membuktikan kekuatan Malaysia, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata penghormatan kepada Malaysia dan kekuatan negara dalam hubungan dua hala serta pelbagai hala masih berada di landasan yang amat kukuh.
"Jika kita adalah sebuah negara yang gagal dan jika apa yang telah kita rancangkan tidak masuk akal, saya rasa kita tidak akan diberikan pengiktirafan serta penghormatan yang kita terima sejak beberapa bulan lepas," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Hishammuddin berkata demikian selepas majlis penyerahan bekalan perubatan sumbangan Kerajaan Arab Saudi melalui Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSRelief) bagi membantu Malaysia memerangi pandemik COVID-19 yang berlangsung di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan.
Hishammuddin berkata Malaysia telah menerima sumbangan pelbagai jenis vaksin COVID-19 termasuk sejuta dos vaksin Pfizer-BioNTech dari Amerika Syarikat, sejuta dos vaksin AstraZeneca dari Jepun dan 500,000 dos vaksin Sinovac dari China.
"Saya boleh umumkan hari ini bahawa vaksin dari United Kingdom akan tiba pada Selasa iaitu sebanyak 415,000 dos (jenis AstraZeneca)," katanya.
Beliau berkata Arab Saudi akan turut menyumbang sejuta dos vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca dan penghantarannya akan dibincangkan bersama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan KSRelief.
"Matlamat kita ialah untuk mendapatkan vaksin itu secepat mungkin daripada pembekal. Arab Saudi telah cukup bermurah hati menyumbangkan vaksin itu tetapi kita sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat daripada pembekal vaksin mana yang akan dihantar kepada kita secepat mungkin," katanya.
Bekalan perubatan yang diserahkan oleh Kerajaan Arab Saudi hari ini termasuk 100 unit ventilator, 150 unit ventilator mudah alih, 319 unit pemekat oksigen, 30 unit alat bantuan pernafasan dan 150 katil perubatan elektrik.
Barangan lain ialah seperti tiga juta keping pelitup muka perubatan, sejuta keping pelitup muka N95, setengah juta sarung tangan perubatan, 180 unit oksimeter nadi, 50 unit pam infusi intravena, 50 unit pam solusi intravena, tujuh defibrilator dan 10,000 helai gaun perlindungan.
Sumbangan Arab Saudi dianggarkan bernilai hampir US$5 juta (RM21.14 juta).
Hishammuddin turut memberi jaminan bahawa peralatan perubatan sumbangan Arab Saudi itu akan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya di Malaysia.
Beliau turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih Malaysia yang tidak terhingga kepada Arab Saudi kerana berusaha memastikan sumbangan itu tiba ke negara ini hanya beberapa hari selepas Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman Abdulaziz Al Saud menitahkan KSRelief agar menghulurkan bantuan segera kepada Malaysia dalam menangani pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021
Hishammuddin berkata penghormatan kepada Malaysia dan kekuatan negara dalam hubungan dua hala serta pelbagai hala masih berada di landasan yang amat kukuh. - BERNAMA
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
Mondelez tarik balik produk Cadbury Dairy Milk Bites Jolly Raisin 50g
Mondelez International (Malaysia) menarik balik secara sukarela produk Cadbury Dairy Milk Bites Jolly Raisin (50g) yang dikeluarkan pada 3 Feb 2024.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Malaysia mahu jadi hab penjanaan AI, pusat tarikan pelaburan untuk rakan digital - PM Anwar
Dalam tempoh 12 bulan seterusnya, kerajaan berharap dapat mencapai beberapa hasil utama termasuk penyediaan Pelan Tindakan Teknologi AI.
Hujan lebat di Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Labuan - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang dilanda hujan lebat hingga 3 petang pada Ahad.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
Malaysia tunggu maklum balas Arab Saudi berkenaan kuota tambahan haji 2025
Mohd Na'im berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan bertulis kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi mengenai perkara tersebut.
TikTok Shop Summit kembali, bakal beri manfaat kepada PMKS
Jenama tempatan berpeluang meneroka peluang pertumbuhan baharu melalui sesi pemadanan dengan pencipta kandungan terkemuka.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia mahu pastikan pertumbuhan kukuh ekonomi digital
Malaysia akan pastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan.
Malaysia mampu jadi hab perkhidmatan serantau untuk firma global - Tengku Zafrul
MITI komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.