Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan pada Sabtu melafazkan ikrar taat setia tanpa berbelah-bahagi terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusinya Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata pada masa yang sama, mereka juga menyampaikan rasa hormat yang sangat tinggi kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Mutakhir ini, kita melihat banyak komen-komen yang dilemparkan kepada Najib yang juga presiden UMNO dan Dr Mahathir yang sudah banyak berjasa dan berbakti kepada kepentingan rakyat dan negara ini," katanya.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN berkata demikian dalam satu sidang media khas bagi menyokong kepimpinan Najib di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, pada Sabtu.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Setiausaha UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee dan Bendahari UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Johari Ghani.
Tengku Adnan berkata berikutan kritikan terhadap kepimpinan Najib baru-baru ini, Dr Mahathir yang banyak berjasa kepada negara itu juga kini menerima komen negatif daripada banyak pihak.
"Kami sememangnya tidak pernah bersetuju dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap Najib yang sudah melakukan banyak kebaikan kepada rakyat dan negara sebagai perdana menteri," katanya.
Tengku Adnan berkata musuh sebenar UMNO adalah tentangan daripada gabungan parti pembangkang dan bukannya bertelagah sesama sendiri atas isu-isu yang dilihat bersangkut dengan kepentingan peribadi.
Beliau berkata seharusnya semua pihak menyokong dan memberikan peluang kepada Najib untuk melaksanakan segala program transformasi yang telah direncanakan demi faedah rakyat dan negara.
"Keutamaan kami memperkasakan perjuangan UMNO dan mengekalkan sokongan orang Melayu terhadap parti bukannya terjebak dan terheret dengan isu yang sengaja diputarbelitkan pihak oportunis dan berkepentingan.
"Saya menghormati pandangan dan kritikan yang dikemukakan oleh Dr Mahathir dan tidak melihat sebarang masalah antara mereka (Najib dan Dr Mahathir)," kata Tengku Adnan.
Beliau juga meminta semua pihak berhenti melagakan kedua-dua pemimpin itu dan menurutnya segala persoalan serta kritikan tersebut dijawab Najib.
"Sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, saya ingin menegaskan bahawa tiada apa yang lebih bermakna selain mengekalkan kewibawaan UMNO sebagai satu-satunya parti yang mempunyai kekuatan memperjuangkan kepentingan rakyat semua kaum di negara ini," katanya.
Sehubungan itu, kejayaan UMNO sebagai sebuah parti tunggal yang berjaya memperjuangkan kepentingan semua kaum mesti dipertahankan oleh semua pihak termasuk pendukung dan bekas pemimpin yang pernah menyandang jawatan dalam parti.
Ketika ditanya tentang cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim supaya beliau menjadi orang tengah antara Dr Mahathir dengan Najib, Tengku Adnan berkata tiada keperluan sedemikian kerana kedua-dua mereka memang tidak mempunyai sebarang permasalahan.
"Mereka sebelum ini ada berjumpa dan tidak ada sebarang masalah, sebenarnya masalah ialah orang ketiga yang hendak lihat mereka berpecah," katanya.
Terdahulu kira-kira 200 pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan yang menghadiri Bengkel Pemukiman UMNO Wilayah Persekutuan itu menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap kepimpinan Najib.
Bernama
Sun Apr 12 2015

UMNO WP: Sokong Najib, hormat Tun M - UMNO Wilayah Persekutuan - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

BN mesti dikembalikan di pentas politik, pentadbiran Sabah - PBRS
Barisan Nasional (BN) mesti dikembalikan semula ke pentas utama politik dan pentadbiran Sabah menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.

PRK DUN Mahkota: BN guna pendekatan hibrid, gabung jentera bersama parti Kerajaan Perpaduan
BN akan menggunakan pendekatan hibrid dengan menggabungkan jentera parti itu bersama parti membentuk Kerajaan Perpaduan di PRK Mahkota.
![[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli [TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723894059_TBAWIE.jpg)
[TIDAK RASMI] PRK Nenggiri: Awie menang semua peti undi Orang Asli
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menang di semua peti undi penempatan Orang Asli pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu.

BN anggap keputusan Bersatu lucut enam Ahli Parlimen, ADUN sebagai muslihat politik
Zambry menyifatkan keputusan Bersatu itu sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan.

BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.

Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.

PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.

Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.