KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Berhad menasihati pengguna dan orang ramai untuk berhati-hati dengan taktik penipuan terbaharu yang semakin berleluasa ketika ini.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, syarikat utiliti tenaga itu berkata, pesanan ringkas SMS yang menawarkan baucer e-wallet daripada nombor TNB adalah satu penipuan.
“Pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dengan penipuan SMS yang menawarkan pampasan berbentuk baucer e-wallet daripada nombor TNB iaitu 15454. Pastikan anda tidak menekan pautan yang terdapat pada SMS tersebut.
“Private Message kami di Facebook TNB Careline atau Twitter @Tenaga_Nasional bagi sebarang pertanyaan lanjut,” menurut kenyataan itu lagi.
Semakan Astro AWANI mendapati mesej tersebut berbunyi – “Rakyat yang terlibat putus bekalan elektik akan menerima RM100 pampasan kepada setiap warganegara di TNG eWallet”.
Mesej tersebut turut menyertakan pautan yang membawa pengguna kepada satu laman web, dipercayai mempunyai elemen ‘phishing’ untuk mendapatkan data peribadi pengguna.
Bagaimanapun, cubaan untuk mengakses laman web tersebut tidak berjaya kerana mempunyai masalah sistem nama domain.
Astro Awani
Wed Aug 03 2022

Syarikat utiliti tenaga itu berkata, pesanan ringkas SMS yang menawarkan baucer e-wallet daripada nombor TNB adalah satu penipuan.

'Saya yakin akan bebas, harap peminat tetap beri sokongan' - Eda Ezrin
Penyanyi wanita Kelantan, Eda Ezrin percaya dia akan akan dibebaskan dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.

Penunggang motosikal maut dalam kemalangan tiga kenderaan
Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di sebuah kilang.

Rundingan fasa seterusnya gencatan senjata Gaza bermula di Kaherah
Delegasi Qatar dan Israel tiba di Kaherah bagi meneruskan rundingan, dengan penyertaan wakil dari Amerika Syarikat.

Siemens Malaysia lancar Akademi Latihan Industri Digital bersama SG TVET Group, JTM
Ia sebahagian usaha memperkasa tenaga kerja dan mewujudkan ekosistem digitalisasi menerusi program latihan bertaraf antarabangsa.

Polis tahan lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing
Polis Daerah Kulai mengesan video tular di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun Instagram UPDATEINFO11 memaparkan kejadian khianat itu.

Gempa bumi 5.5 pada skala Richter gegar Nepal
Gempa berlaku kira-kira 14 kilometer (8.7 batu) di selatan Kodari pada kedalaman 10 kilometer (6.2 batu).

Mangsa banjir di Sabah meningkat sedikit pagi ini
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid yang menempatkan 340 orang daripada 100 keluarga.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit berada pada paras 4.4530 berbanding dolar AS daripada 4.4410/4480 ketika ditutup semalam.

Kinoshi puji semangat juang skuad Red Giants
Katsuhito Kinoshi memuji anak buahnya yang mampu bertahan hingga wisel penamat untuk terikat tanpa jaringan di Stadium MBPJ malam tadi.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.

Bitcoin: Lebih 60 pemilik rumah, premis jadi mangsa pendawaian haram
Lebih 60 pemilik rumah dan kedai berdepan tuntutan bayaran elektrik daripada TNB selepas premis mereka diguna penyewa menjalankan kegiatan bitcoin.

Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.

Polis bongkar kegiatan bitcoin, berkas tiga lelaki warga tempatan
Polis berjaya membongkar kegiatan perlombongan bitcoin dalam satu operasi yang dijalankan di lima premis perniagaan di daerah Sepang.

Kabel tersangkut palang kren bukan milik TNB
TNB memaklumkan, lori berkenaan telah melanggar kabel telekomunikasi yang mana kabel tersebut bukan milik TNB.

THT juara Piala Sumbangsih, tamatkan penguasaan seteru TNB
Kemenangan THT malam tadi menamatkan siri kemenangan berturut-turut TNB yang muncul juara treble pada edisi lepas.

Menara Penghantaran Monopole TNB di Pulau Pinang mula beroperasi
Projek Menara Penghantaran Monopole TNB, yang bertujuan mengukuhkan bekalan elektrik di Pulau Pinang dengan nilai RM500 juta, telah memulakan operasi pada 22 Dis lepas.

Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.

Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.