SKYPE merupakan salah satu aplikasi permesejan dan komunikasi di bawah Microsoft.
Kini, Skype memperkenalkan kemas kini baharu untuk semua, sekali gus membawakan salah satu ciri yang menarik - iaitu sokongan transkrip untuk mesej suara.
Dengan langkah ini, anda boleh melihat apakah kandungan sesuatu mesej suara yang dihantar melalui paparan teks - tanpa perlu memainkan mesej suara berkenaan.
Ini sangat berguna sekiranya anda berada di luar, dan tidak boleh menyemak atau mendengar sesuatu mesej suara.
Untuk menggunakannya, anda hanya perlu tap pada ikon 'pen' bersebelahan butang 'mainkan audio' pada mesej suara, dan ia seterusnya akan menjana teks untuk sesuatu audio berkenaan.
Anda boleh mengemas kini Skype hari ini, dan mencuba sendiri ciri baharu ini.
Amanz
Fri Mar 15 2024

Anda boleh mengemas kini Skype dan mencuba sendiri ciri baharu yang menarik, iaitu sokongan transkrip untuk mesej suara. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Skype perkenalkan ciri transkrip untuk mesej suara
Anda kini boleh melihat apakah kandungan sesuatu mesej suara yang dihantar melalui paparan teks, tanpa perlu memainkan mesej suara itu.

Normal baharu: Jauh di mata tapi tetap dekat di hati - Menteri Perpaduan Negara
Meskipun Hari Raya Aidilfitri pada kali ini berbeza dengan sambutan sebelum ini, bahkan kali pertama dalam suasana normal baharu namun jarak fizikal tidak menghalang keakraban ahli keluarga.

Sinar Karangkraf dinamakan defendan kedua dalam kes saman fitnah Lim Kit Siang
Pada 17 Okt 2018, Lim menyaman Mohammed Hanif atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ketika berucap pada Konvensyen Karamah Bangsa di UiTM Shah Alam pada 6 Sept 2018.

Skype menawarkan fungsi rakaman pesanan video
Minggu ini, Skype telah menawarkan fungsi rakaman pesanan video pada aplikasinya untuk Mac, iPhone dan Android.