SHAH ALAM: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan Skypark Link akan kembali beroperasi dengan menggunakan jadual waktu baharu mulai hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, pengoperasian semula perkhidmatan tersebut adalah susulan kebenaran rentas negeri termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu.
Tambah beliau, perkhidmatan tersebut juga melibatkan 21 tren dari stesen KL Sentral ke Terminal Skypark yang akan beroperasi setiap hari.
“Perkhidmatan tren pertama dari stesen KL Sentral ke Terminal Skypark bermula jam enam pagi dan perkhidmatan terakhir adalah pada jam 6.18 petang.
“Tren pertama dari Terminal Skypark ke KL Sentral pula bermula jam 7.08 pagi dan berakhir jam 8.01 malam.
“Penumpang boleh membuat pembelian tiket sama ada secara tunai atau tanpa tunai,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, perkhidmatan Skypark Link telah mula beroperasi pada 1 Mei 2018 namun terpaksa dihentikan operasinya untuk sementara waktu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh layari saluran media baharu KTMB atau hubungi pusat panggilan di talian 03-2267 12000.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 14 2021
Perkhidmatan Skypark Link mula beroperasi pada 1 Mei 2018 namun terpaksa dihentikan operasinya untuk sementara waktu berikutan pelaksanaan PKP. -Foto Sinar Harian
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Skypark Link kembali beroperasi mulai hari ini
Perkhidmatan tersebut juga melibatkan 21 tren dari stesen KL Sentral ke Terminal Skypark yang akan beroperasi setiap hari.