Polis menasihatkan Kumpulan Skuad Badar yang membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam agar tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang negara.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, kumpulan terbabit bukan badan penguatkuasa agama yang sah dan tidak mempunyai kuasa menjalankan sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan.
“Perlu ditegaskan bahawa mana-mana kumpulan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dikira pertubuhan haram dan akan diambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang terbabit,” katanya dalam kenyataan,
BACA: Presiden, ahli Skuad Badar ditahan reman
Presiden Skuad Badar, Azhar Mohamad sebelum ini menjelaskan skuad itu bakal diaktifkan semula dan kegiatan mereka akan diperluaskan ke seluruh negara sebagai usaha membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam.
Azhar dilaporkan berkata gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini semakin membimbangkan.
Astro Awani
Fri Jul 05 2019

Mana-mana kumpulan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dikira pertubuhan haram. - Foto Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Isu pendaftaran parti: Permohonan MUDA cabar tindakan menteri, RoS didengar 12 Ogos
12 Ogos tarikh mendengar permohonan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan 12 individu bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

RoS keluar notis kepada 3 pertubuhan disyaki hadir Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai
ROS menghantar notis kepada tiga pertubuhan untuk hadir ke jabatan itu untuk memberi keterangan berkaitan penglibatan pertubuhan itu yang disyaki menghadiri Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai.

Skuad Badar tiada kuasa lakukan tindakan penguatkuasaan - Polis
Polis menasihatkan Kumpulan Skuad Badar yang membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam agar tidak melakukan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang negara.

Pendaftaran Pakatan Harapan masih tidak dapat diproses - RoS
RoS berkata PPBM masih belum mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti.

Bersih dan kumpulan Baju Merah tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan
RoS mengesahkan bahawa Bersih dan kumpulan Baju Merah tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1996.