Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini mengesahkan bahawa Bersih dan kumpulan Baju Merah tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1996, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata keputusan Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah adalah kedua-dua kumpulan berkenaan harus didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan untuk digazetkan sebagai pertubuhan.
Katanya memandangkan Bersih dan Kumpulan Baju Merah tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan, maka aktiviti anjuran mereka diharamkan.
"Sebagaimana saya putuskan di Dewan Rakyat semalam, penganjur perhimpunan Bersih 5.0 dan kumpulan Baju Merah tidak dibenar mengadakan sebarang perhimpunan.
"Ini adalah arahan rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan penguatkuasaan akan dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Inovasi KDN 2016 di sini hari ini.
Perhimpunan kumpulan Baju Merah dirancang Sabtu ini di Dataran Merdeka manakala perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 Nov.
Ahmad Zahid berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur turut mengeluarkan surat rasmi tidak mengizinkan kedua-dua kumpulan itu menggunakan Dataran Merdeka sebagai tempat perhimpunan.
"Keputusan DBKL adalah muktamad. Oleh yang demikian, keputusan pihak polis adalah selari dengan DBKL dan segala arahan hendaklah dipatuhi sepenuhnya," tegas beliau.
Sementara itu, Mohammad Razin menjelaskan sekiranya Bersih dan kumpulan Baju Merah tidak berdaftar dengan ROS, maka ROS boleh mengenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pertubuhan.
"Difahamkan pihak Bersih didaftarkan di bawah Akta Syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan SSM akan mengambil tindakan penguatkuasaan," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapan perasmiannya mengarahkan semua agensi dan jabatan di bawah KDN bersiap siaga ke tahap optimum menghadapi musim banjir tahun ini.
"Bencana seperti banjir mungkin tidak boleh dielakkan kerana ia ketentuan Tuhan, tetapi kita boleh berusaha bagi memastikan ia dihadapi dengan cara terbaik,"katanya.
Dalam pada itu, beliau turut memuji anggota dan pegawai penguatkuasaan yang sanggup meninggalkan keluarga yang turut terlibat dalam banjir, bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang lain. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 03 2016

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid memandangkan Bersih dan Kumpulan Baju Merah tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan, maka aktiviti anjuran mereka diharamkan. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).