Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan seorang wanita menggunakan profil Facebook 'Ratu Naga' untuk memuat naik gambar bersifat jelik dan berunsur menghina melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Turut menjadi sasaran ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, menurut kenyataan SKMM pada Selasa.
Ia berkata dalam satu serbuan di premis suspek di Jalan Klang Lama pagi Selasa, beberapa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan kad SIM dirampas bagi membantu siasatan.
"Rakaman percakapan dengan suspek juga telah diambil," kata kenyataan itu.
Pada masa sama, beberapa lagi individu yang turut memuat naik gambar-gambar dimaksudkan itu telah dikenal pasti dan operasi dipergiatkan untuk mengesan mereka.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Bernama
Wed Aug 03 2016
Dalam satu serbuan di premis suspek di Jalan Klang Lama pada pagi Selasa, beberapa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan kad SIM dirampas bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
'Jangan fitnah, saya masih isteri Najib’ - Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.
SFZ raih momentum, tarik banyak pelabur gergasi
Zon Kewangan Khas Forest City (FC-SFZ) dijangka memperlihatkan lonjakan minat daripada syarikat terkemuka, sekali gus menandakan trajektori berpotensi sebagai hab kewangan pesat berkembang.
Portal Dagangnews melaporkan sekitar 11 buah syarikat, termasuk lapan dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Taiwan menunjukkan minat tinggi untuk menubuhkan operasi dalam kawasan tersebut.
Portal Dagangnews melaporkan sekitar 11 buah syarikat, termasuk lapan dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Taiwan menunjukkan minat tinggi untuk menubuhkan operasi dalam kawasan tersebut.
RM503.3 juta ekuiti dijual Malaysia sepanjang minggu CNY
Pelabur asing terus menjual ekuiti Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut, dengan jumlah aliran keluar dana lebih kecil pada RM503.3 juta berbanding dengan RM701.4 juta dicatatkan pada minggu lepas.
MIDF Research berkata, pelabur asing menjadi penjual bersih sepanjang minggu Tahun Baru Cina.
MIDF Research berkata, pelabur asing menjadi penjual bersih sepanjang minggu Tahun Baru Cina.
Gandingan Tomok-Nana menjadi, Konsert Memori Mungkin Berulang nyata hebat
Tomok dan Nana memberi persembahan cukup bertenaga untuk menghiburkan peminat masing-masing dalam Konsert Tomok dan Siti Nordiana: Memori Mungkin berulang.
Pantau Agenda Reformasi: Utamakan perbahasan demi kepentingan rakyat
Ikuti diskusi bersama Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos, Peguam dan Pengasas RAPERA, membincangkan tentang mesyuarat pertama penggal keempat Parlimen ke-15 yang bermula hari ini dan tumpuan utama titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan.
Penjaja kecil sumbang 15% tenaga kerja sektor tidak formal
Penjaja skala kecil di Malaysia menyumbang kira-kira 15 peratus daripada tenaga kerja sektor tidak formal pada 2023 dengan 73 peratus daripada mereka tertumpu di kawasan bandar.
Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Dalam kenyataannya hari ini, agensi itu berkata ini berikutan IPG berkenaan akan hanya diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap mencecah paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Dalam kenyataannya hari ini, agensi itu berkata ini berikutan IPG berkenaan akan hanya diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap mencecah paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Sidang parlimen: Tumpu ekonomi digital, tipu dalam talian
Usaha pemerkasaan ekonomi digital perlu menjadi antara agenda penting yang dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen. Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpandangan, jalan penyelesaian konkrit perlu diwujudkan untuk mengatasi isu-isu seperti infrastruktur dan penipuan dalam talian.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.
Muat naik gambar jelik: Penganggur dipenjara enam bulan selepas gagal bayar denda
Tertuduh didakwa guna aplikasi TikTok secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
SKMM kesan 'Ratu Naga' didakwa muat naik gambar jelik dan fitnah
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengesan seorang wanita menggunakan profil Facebook 'Ratu Naga' untuk memuat naik gambar bersifat jelik dan berunsur menghina.